Isnin, 1 September 2014

Merdeka- bebas jangan sampai terbabas.


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbth. dan salam sejahtera.


Setiap individu yang lahir ke dunia adalah bebas. Namun terikat sebagai hamba yang wajib taat pada Penciptanya.

Dunia bagaikan penjara bagi  orang mukmin. Hanya bebas merdeka melakukan apa yang disukai setelah berada di dalam syurga.

Umpama banduan penjara, boleh makan dan minum, namun harus ikut apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Fikiran yang bersih menjadi raja.
Hati yang jernih menjadi penasihat.
Nafsu yang terdidik menjadi hamba sahaya

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57.

Negara sudah bebas merdeka.

Minda dan jiwa juga perlu bebas dari jajahan penjajah.