Bismillah.
Assalamualaikum wbrt.
Alhamdulillah, dapat menaip lagi di sini. Dengan nama blog baru Catatan Mak Nabil. Maka saya akan memperkenalkan diri semula.
Nama saya Azlina. Lahir tahun 1980. Saya surirumah 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sudah lapan tahun lebih menetap di Puchong.
Bermula kisahnya, kebanyakan jiran di kejiranan saya lebih kenal Nabil berbanding saya sendiri. Mereka tahu nama anak itu. Tapi mereka tidak tahu nama maknya, maka sudahnya mereka panggil saya Mak Nabil saja. Sesudah itu baru tanya nama sebenar, lalu mereka panggil nama Ina Nabil.
Adapun, Nabil adalah anak sulung saya yang sudah Darjah 2 ketika entry ini ditulis. Juga mak kepada Fatimah, Umar dan Ali. Rasa-rasanya sampai Ali sajalah. Nanti sambung ada anak lagi dalam syurga pula. Huhu...
Nabil aktif. Suka berkawan-kawan. Suka aktiviti ourdoor. Tiap-tiap petang turun ke taman di belakang blok. Kerap kali dia terjah surau kat ground floor bila azan kemundang, cari kawan ajak main. If tiada kawannya, dia naik semula sambung main dalam rumah.
Kadang-kadang dia tawaf semua lima blok yang ada dalam apartmen ni. Kadang-kadang dia pergi main buai depan rumah Nenek Faridah dan buai Cik Ema. Aktiviti terkini, berbasikal sampai rosak-rosak basikalnya sebab banyak kali jatuh. Banyaklah aktivitinya... Dan banyaklah orang yang dia kenal. Agaknya, itu penyebabnya orang nak tau, anak siapalah ni... haha...
Pernah sekali, kami nak pergi ziarah orang mati, terserempak dengan jiran tetangga, yang saya tak kenal, tapi Nabil kenal. Begitu juga ketika makan cendol kat kedai Cendol Bakar, ada seorang nenek duk tengok-tengok dan senyum. Rupanya nenek kenal Nabil yang selalu main buainya. Kemudian tengah duduk dalam kereta atas jalan raya pun ada orang perasan Nabil ada dalam kereta, sebab lepas tu makcik tu jumpa saya, tanya pergi mana hari tu? Makcik perasan Nabil seorang saja. Huhu...
Begitulah kisahnya, kena sebut Ina Mak Nabil dengan jiran tetangga dalam group whatsapp jiran, baru mereka cam. Huhu...
Okeylah, sebenarnya saya nak ajak semua kawan-kawan yang baca catatan saya untuk hafal tiga surah penting ini iaitu:
1. Surah al-Mulk
2. Surah al-Kahfi dan
3. Surah al-Baqarah.
Ketiga-tiganya banyak manfaat dan penyelamat untuk kita mulakan perjalanan hidup semula di alam orang mati dan di Padang Mahsyar. Itu bekal kita. Jangan tinggal. Ustaz kata, kita terlalu banyak kejar benda yang kita akan tinggalkan tapi kita tinggalkan benda penting yang perlu kita bawa.
Astaghfirullah, didoakan kita semua dipermudahkan untuk membaca, memahami, menghafal dan mengamalkannya.