Ahad, 21 Oktober 2018

Bercakap Baik Atau Diam.

Bismillah.

Apabila kau menasihati orang, kelak kau akan diuji dengan nasihat tersebut.

Apabila kau  pandang rendah dan sinis dengan kesilapan, kejahilan atau kelemahan orang, kelak kau akan berada dalam situasi yang kau rendah-rendahkan dulu.

Apabila kau rasa kau lebih bagus, kau sudah meniru sifat Azazil dan keturunannnya.

Astaghfirullah.

Lafaz yang mudah namun bukan semua lidah mampu sentiasa melafazkannya.

La haula wa la quwwata illa billah.

La taghdab, jangan marah.
Kerana marah itu pintu masuk hasutan syaitan.