Bismillah.
Assalamualaikum wbrt.
Tahun ini genap 6 tahun perkahwinan kami.
Tahun ini special kerana tarikh 30/05/2014 adalah hari Jumaat, sama seperti 6 tahun lepas ia berlaku pada hari Jumaaat selepas waktu Asar.
Lagi special kerana dia mampu mengingati tarikh ulangtahun dengan tepat. Hehe...
Sama macam aku juga, selalu tertukar tarikh.
Penghargaan.
Tiap-tiap tahun, di hari ulangtahun aku, mereka sentiasa di ingatan.
1. Abah dan Mak Ani yang memudahkan segala urusan pernikahanku, dan Insyaa Allah tidak membebankan keluarga lelaki. Terima kasih abah. Terima kasih mak.
Rombongan keluarga baru datang dari Terengganu dan Pahang.
Errr...terbeban jugak nak mai Perak.
2. Abang chik sekeluarga yang menguruskan majlis kenduri dari hal kecil-kecil sampai urusan besar, termasuk memakaikan inai di jari-jemariku sambil berkata, kesian adik aku nak kahwin mak takde... Ceh! Bikin spoil saja. huhu....
3. Adik-beradik dan kakak-kakak ipar yang bertungkus-lumus membantu.
Happy bila semua adik-beradik ada. Tidak ramai. Lapan orang saja.
Kakak ipar semua pandai masak dan rajin masak.
Sangat beruntung sebab aku sudah ramai teman di dapur.
Nak ngelat masak jugak dah boleh dah. keh keh keh.
4. Saudara-mara dari sebelah abah dan arwah mak yang turut meraikan dan mendoakan.
5. Kawan-kawan dan jiran-jiran abang chik yang sangat baik dan banyak menghulurkan bantuan tenaga, masa, wang dan kasih-sayang untuk perkahwinan kami.
6. Kawan-kawan aku dan dia yang sanggup datang dari Johor iaitu Kak Arda, Achik, Abang Malik dan Yusri sekeluarga. Eh, Yusri bukan dari Johor. Beliau rakyat Tepeng.
7. Tetamu yang tak disangka-sangka iaitu keluarga angkat, Achik Sora, Pakcik Zali, angah dan isteri dari Kajang.
Achik Sora sekeluarga sangat baik, dan berkemahiran mengurut sakit-sakit badan dan wanita bersalin.
Selalu bagi servis free saja apabila diminta tolong urut kaki Nabil dan Fatimah yang terkehel waktu bermain.
Ketika kelahiran Umar, tiga hari turut-turut datang ziarah dan uruskan Umar dan maknya.
Di doakan achik sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat semudah-mudahnya. Aamiiin.
8. Dan semua tetamu yang terlibat.
Didoakan semuanya sentiasa dilimpahkan segala yang telah dilimpahkan kepada hamba-hambaNya yang soleh. Aamiiin.
Hutang.
'Wahai Tuhan kami, janganlah Kau hukum kami sekiranya kami terlupa atau kami tidak tahu.'
Berhutang untuk berkahwin, hanya kemewahan palsu untuk jaga mulut orang, dan jaga telinga sendiri dari ketakutan 'nanti apa orang kata'.
Masuk tahun ke-6 baru hutang gila itu selesai diselesaikan.
Doaku, anak-anakku, keturunanku, dan kawan-kawan aku yang mahu berkahwin, tidak mengulangi 'kegelojohan' mencipta kemewahan palsu dengan berhutang untuk menunjuk-nunjuk dan perasan jadi Raja pada hari Perkahwinan. (Dan juga tidak berhutang untuk perkara-perkara lain).
Adakah Raja yang mahu perasan jadi rakyat pada hari Perkahwinan Diraja?
Insya aAllah, kita boleh jadi raja setiap hari selepas kahwin apabila bijak urus wang.
Beramal dengan Doa Hindar Berhutang.
Ya Allah, jauhkan aku dari rasa resah dan gelisah.
Jauhkan aku dari sifat malas dan lemah.
Jauhkan aku dari sifat takut dan bakhil.
Dan jauhkan aku dari beban hutang dan kejahatan manusia.
Kahwin saja dengan apa yang ada di tangan. Sekiranya ada lima ribu, belanja itu saja, tidak perlu hutang-hutang lagi supaya jadi dua puluh ribu.
Sekiranya terpaksa hutang sebab seratus pun tiada di tangan, hmmm... rujuk kepada individu yang lebih pakar dan takut pada Allah.
Kahwin ikut adat, memerlukan banyak belanja yang tidak perlu.
Belajar dari kesilapan lalu. Belajar dari pengalaman orang lain.
Kenduri.
Cukup dengan satu majlis sahaja. Tidak perlu hari ini nikah, esok kenduri, lusa kenduri lagi dan lagi kenduri.
Jimat belanja. Jimat masa. Wang dan masa itu boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat.
Ingat, setiap penggunaan sen dan masa yang dibelanjakan akan ditanya semula nanti oleh pemilikNya.
Banyak wang diperlukan selepas berkahwin untuk memulakan sebuah kehidupan baru.
Masalah kekurangan wang adalah salah satu punca keluarga baru bergaduh.
Lebih menyakitkan, jika diungkit-ungkit kembali pengorbanannya menghabiskan beribu-ribu duit hanya untuk menjayakan majlis yang beberapa jam itu saja.
Sedangkan beribu-ribu duit itu sangat bermanfaat untuk membeli barang keperluan wajibyang mana boleh dimanfaatkan bertahun-tahun selagi ia tidak rosak.
Bahagia.
Bahagia sangat subjektif untuk dijelaskan maksudnya.
Bahagia bukan hanya di awal perkahwinan mahupun hanya di hujung perkahwinan. Ia berada di sepanjang perjalanan kehidupan bersama.
Untuk bahagia, perlu banyak memberi.
Yang paling banyak memberi adalah yang paling bahagia.
Sehingga hari ini, dia paling banyak memberi berbanding diriku.
Didoakan Allah selalu merahmatinya.
Tip untuk suami: Selalu beri kata-kata pujian, sayang dan penghargaan buat isteri.
Tip untuk isteri: Hormat suami dan puji kejayaan suami. Walaupun kejayaannya sekecil basuh pinggan sendiri selepas makan nasi.
Dia.
Dia kawan sekolah aku. heheh...
Bacaan Tambahan.
Fahami tentang Perkara-Perkara Yang Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin
di sini,
Artikel yang menarik dan insyaaAllah bermanfaat untuk rujukan di masa akan datang.
Astaghfirullah. Wallahu'alam.