Assalamualaikum wbrt.
Tandem Nursing.
Pertama kali dengar perkataan Tandem Nursing ini ialah daripada blogger Ummiku Sayang, Pengasas Fanpage Dunia Susu Ibu. Maksudnya lebih kurang, menyusukan anak lebih dari seorang dalam satu masa.
Saya pun baru tahu, masih boleh menyusukan anak walaupun tengah hamil anak kedua. Juga bolehkan susu dua anak serentak selepas melahirkan.
Kalau ikut orang lama, mereka tak bagi. Misi-misi tempat saya buat pemeriksaan kandungan setiap bulan juga tidak benarkan kerana boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan kandungan.
Adakah susukah ketika hamil? Saya takde. Sebahagian ibu yang lain ada.
Sakitkah? Ya, sakit. Kadang-kadang sampai luka. Barang kali sebab anak hisap kuat untuk paksa keluar susu yang sudah berhenti pengeluarannya.
Kelebihan Tandem Nursing.
1. Susu mengalir lancar sebaik sahaja kelahiran bayi. Membolehkan baby tidur lena dan kurang meragam. Pengalaman lalu, sakit mengalami bengkak susu kerana susu tidak berapa mahu keluar. Perlu di tuam, di urut dengan sikat rapat
2. Susu banyak dan cukup untuk dua orang. Ini kerana makin kerap di susukan, makin banyak susu dihasilkan.
3. Tidak megalami masalah bengkak susu seperti biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu di awal kelahiran.
4. Perasaan seperti memiliki anak kembar dua.
5. Melatih kakak tentang giliran bersabar dan kasih pada adik.
6. Tidak datang haid.
Bercerai Susu.
Kakak minum air ayah.
Sudah tiga bulan proses memisahkan kakak dari susu badan. Sehingga hari ini, kekerapannya berjaya dikurangkan walaupun masih belum dapat berpisah sepenuhnya.
Faktor yang memanjangkan masa:
1. Maknya tidak berapa ada hati dan tidak kuat hati mahu melakukannya. Jadi semua tip yang diketahui untuk pisahkan susu, tidak diamalkan sepenuhnya. Tiap kali anak minta, ok, last tau. Lepas ni tak boleh dah. Lastly jadi tak last juga.
2. Kerap kali mengalami bengkak susu sehingga menyebabkan maknya demam apabila kakak tidak menyusu seperti biasa. Maka terpaksa lanjutkan lagi tempohnya.
3. Ibunya terlupa bahawa kakak sudah patut diberhentikan. Tahu-tahu sudah nenen kerana sangkakan adiknya. Kerap berlaku waktu tidur malam. Hmmm...
4. Tak sampai hati mahu memaksanya. Hanya pujuk suruh berhenti saja.
5. Tak tahan telinga dengar anak menangis kuat-kuat tengah malam dan gagal dipujuk. Rasa seperti mahu letakkan cili dalam mulut, bagi kuat lagi nangis. hoho... adeh!
*Bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan