Bismillah.
Assalamualaikum wbrt.
Hari ini, masuk dua minggu ayah mentua saya meninggal dunia.
Masih baru.
Masih teringat-ingat saat ayah nazak.
Masih terbayang saat nyawa ayah ditarik keluar dari jasad oleh malaikat Izrail.
Masih terbayang seksanya ayah mahu bernafas.
Masih terdengar-dengar suara sebak kanda laling bisikkan kalimah tahlil La ilaha illa Allah di telinga ayah ketika nafas ayah semakin perlahan.
Masih terbayang jasad kaku ayah yang kelihatan seperti tidur lena setelah tiga minggu kelelahan dan kesakitan menderita sakit serangan stroke.
Masih tergambar wajah senyum ayah walaupun jasad sudah kaku .
Kita berpisah di pagi Jumaat yang mulia, 19.4.2019.
Rindu ayah ...
Sudah dua minggu ayah di alam barzakh. Dan kami juga akan ke sana juga nanti.
Saya doakan ayah baik-baik saja di rumah baru ayah.
Ayah yang sangat baik dan sangat pemurah.
Ayah yang selalu gembira sambut kami pulang ke kampung.
Ayah belikan kami kioas baru apabila cuaca di kampung sangat panas
Ayah belikan kami ketam di pasar, apabila kanda laling memancing ketam dilaut tak dapat .
Ayah belikan kami sarapan.
Ayah keluarkan karpet dari biliknya untuk kami selesa berpijak.
Ayah pinjamkan duit waktu kami sesak
Terlalu banyak jasa ayah ...
Tak terbalas semua kebaikan ayah.
Hanya doa yang dapat dikirimkan.
Mudah-mudahan ayah tenang dan bahagia di sana.
Mudah-mudahan ayah dapat husnul khatimah.
Mudah-mudahan syurga tempat ayah kembali .
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu'anhu .
Catatan Mak Nabil
Jumaat, 3 Mei 2019
Ahad, 21 Oktober 2018
Bercakap Baik Atau Diam.
Bismillah.
Apabila kau menasihati orang, kelak kau akan diuji dengan nasihat tersebut.
Apabila kau pandang rendah dan sinis dengan kesilapan, kejahilan atau kelemahan orang, kelak kau akan berada dalam situasi yang kau rendah-rendahkan dulu.
Apabila kau rasa kau lebih bagus, kau sudah meniru sifat Azazil dan keturunannnya.
Astaghfirullah.
Lafaz yang mudah namun bukan semua lidah mampu sentiasa melafazkannya.
La haula wa la quwwata illa billah.
La taghdab, jangan marah.
Kerana marah itu pintu masuk hasutan syaitan.

Rabu, 1 Februari 2017
Fatimah Suka Pergi Prasekolah
Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Sudah sebulan berlalu sesi persekolahan 2017. Kakak Fatimah diterima masuk Prasekolah. Masa hantar borang tahun lepas, reda sajalah apa pun keputusannya, sebab terlewat isi borang. Tempat terhad. Ada 50 saja. Dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun Alhamdulillah.
Ustaz kata, kata kalau kita ini wataknya seorang penyabar, Allah tak bagi. Jika kita wataknya seorang yang mudah bersyukur, maka Allah bagi. Kedua-dua nya tanda Allah sayang kita. Dan makanya, Mak Nabil bukan penyabar. Huhu...
Rabu, 25 Januari 2017
Tukar nama blog MMR Outlet 95 jadi blog Catatan Mak Nabil
Bismillah.
Assalamualaikum wbrt.
Alhamdulillah, dapat menaip lagi di sini. Dengan nama blog baru Catatan Mak Nabil. Maka saya akan memperkenalkan diri semula.
Nama saya Azlina. Lahir tahun 1980. Saya surirumah 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sudah lapan tahun lebih menetap di Puchong.
Bermula kisahnya, kebanyakan jiran di kejiranan saya lebih kenal Nabil berbanding saya sendiri. Mereka tahu nama anak itu. Tapi mereka tidak tahu nama maknya, maka sudahnya mereka panggil saya Mak Nabil saja. Sesudah itu baru tanya nama sebenar, lalu mereka panggil nama Ina Nabil.
Adapun, Nabil adalah anak sulung saya yang sudah Darjah 2 ketika entry ini ditulis. Juga mak kepada Fatimah, Umar dan Ali. Rasa-rasanya sampai Ali sajalah. Nanti sambung ada anak lagi dalam syurga pula. Huhu...
Nabil aktif. Suka berkawan-kawan. Suka aktiviti ourdoor. Tiap-tiap petang turun ke taman di belakang blok. Kerap kali dia terjah surau kat ground floor bila azan kemundang, cari kawan ajak main. If tiada kawannya, dia naik semula sambung main dalam rumah.
Kadang-kadang dia tawaf semua lima blok yang ada dalam apartmen ni. Kadang-kadang dia pergi main buai depan rumah Nenek Faridah dan buai Cik Ema. Aktiviti terkini, berbasikal sampai rosak-rosak basikalnya sebab banyak kali jatuh. Banyaklah aktivitinya... Dan banyaklah orang yang dia kenal. Agaknya, itu penyebabnya orang nak tau, anak siapalah ni... haha...
Pernah sekali, kami nak pergi ziarah orang mati, terserempak dengan jiran tetangga, yang saya tak kenal, tapi Nabil kenal. Begitu juga ketika makan cendol kat kedai Cendol Bakar, ada seorang nenek duk tengok-tengok dan senyum. Rupanya nenek kenal Nabil yang selalu main buainya. Kemudian tengah duduk dalam kereta atas jalan raya pun ada orang perasan Nabil ada dalam kereta, sebab lepas tu makcik tu jumpa saya, tanya pergi mana hari tu? Makcik perasan Nabil seorang saja. Huhu...
Begitulah kisahnya, kena sebut Ina Mak Nabil dengan jiran tetangga dalam group whatsapp jiran, baru mereka cam. Huhu...
Okeylah, sebenarnya saya nak ajak semua kawan-kawan yang baca catatan saya untuk hafal tiga surah penting ini iaitu:
1. Surah al-Mulk
2. Surah al-Kahfi dan
3. Surah al-Baqarah.
Ketiga-tiganya banyak manfaat dan penyelamat untuk kita mulakan perjalanan hidup semula di alam orang mati dan di Padang Mahsyar. Itu bekal kita. Jangan tinggal. Ustaz kata, kita terlalu banyak kejar benda yang kita akan tinggalkan tapi kita tinggalkan benda penting yang perlu kita bawa.
Astaghfirullah, didoakan kita semua dipermudahkan untuk membaca, memahami, menghafal dan mengamalkannya.

Isnin, 14 September 2015
Kali Pertama Masuk Tadika.
Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera.
Saya duduk rumah flat, tingkat satu. Betul-betul bawah rumah saya, ada Tadika Perpaduan. Ada masa, suara cikgu mengajar dengar sampai dalam rumah. Dapat lah jugak sikit2 ilmunya untuk ajar pada anak-anak saya pula. Antaranya, niat ambil wuduk, lagu anak-anak nabi, lagu satu Malaysia, doa sebelum dan selepas makan, lagu asma ul husna, serta beberapa perkara lagi.
Tapi, yang nak cerita ni bukan pasal tadika bawah rumah. Cerita tadika lain, iaitu Tadika ABS Luqman, Putra Perdana. Jauh dari rumah. Lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana dengan kereta. Lima belas minit tu, mula dari keluar pintu rumah, pergi parking, panaskan enjin kereta, jalan dan berhenti depan tadika. Waktu persekolahan Isnin-Jumaat, 8.30 am - 12.30 pm.
Tadika ni baru buka untuk murid umur 4, 5 dan 6 tahun, dan Nabil murid batch pertama. Ada perkhidmatan day care sekali untuk stay sampai petang bagi murid yang parents mereka bekerja. Yuran tahunan RM700++. Bulanan RM170. Hari Sukan RM50. Yuran bulanan tadika ABS berbeza ikut lokasi. Ada tadika ABS cawangan lain, yang tinggi lagi bayaran bulanannya. Hari Persembahan dan Graduasi RM125.
Uniknya sekolah ni, kerana guru mengajar guna Teknik Nabi, iaitu guru tidak marah-marah dan memaksa sebaliknya hanya mendorong perubahan tingkah laku murid secara positif, mengamalkan Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi, ada Kelab Usahawan 'Araf, tiada peperiksaan dan tidak mula pengajaran membaca untuk tiga bulan pertama. Masuk April baru belajar membaca.
Awal tahun, lebih banyak aktiviti belajar melalui bermain dan banyak aktiviti kreatif. Antaranya buat kraf, mewarna, dan melukis. Lebih tepat, menyonteng. heheh... Nabil suka kerana memang itu pun aktivitinya di rumah, selain suka berkawan-kawan. Dan saya juga suka bila Nabil tak stress di sekolah. Jadi, tiadalah sangat kejutan budaya untuknya selain kena bangun awal saja.
Hari Pertama Ke Sekolah.
Malam sebelumnya, Nabil tidur lewat. Punyalah seronok bila tahu dia akan mula bersekolah, sampai susah nak lelapkan mata. Hoho... Pagi tu, banyak kali juga kejutkan dia suruh bangun. Lena betul tidur, sampai bila dah sedar pun tak boleh nak buka mata sangat. Mengantuk lagilah tu. Tapi bangun juga sebab nak pergi sekolah. Mandi, bersiap, sarapan, lepas tu ayahnya hantar ke tadika. Sampai masuk ke dalam tadika.
Oleh kerana, Nabil okey je, ayahnya duduk kejap je dalam tu. Cakap ayah nak balik dulu pun dia tak kisah dah. Tinggallah Nabil bersama cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 12.30pm sekolah berakhir, ayah datang jemput balik. Punyalah banyak ceritanya. Siap hafal nama kawan-kawan baru lagi. Bawa balik robot kertas yang dia buat sendiri dan sticker smiley. Katanya, cikgu bagi sticker tu sebab dia tak menangis datang sekolah. Dan robot kertas tu juga sudah hilang ke mana. hehe..
Hampir setiap hari Nabil bawa balik sticker smiley. Kadang-kadang 3, kadang-kadang 2 dan 1. Riuh lah mulutnya cerita, cikgu bagi sticker tu padanya sebab dia baik di sekolah, dengan cakap cikgu dan tak nakal. Haha...Ye lah tu. Tak nakal... hmmm...Memang setiap hari happy saja nak pergi sekolah. Sebab nak kumpul sticker dan main. hoho... Cerita sticker itu berakhir apabila dia selesai penuhkan ruang khas yang cikgu tulis nama dia di dinding sekolah.
Goodies.
Boleh dikatakan saban bulan juga Nabil bawa balik beg goodies hadiah dari rakannya yang sambut Hari Lahir di sekolah. Bila dia bawa balik beg goodies alat tulis atau mainan, panjang lebar ler senyum maknya. Bila tengok beg goodies jajan... adoiii. Sesak nafas.
Mak Nabil.
Di sebalik tabir kisah happy Nabil, ada cerita air mata mak Nabil.
Saya sebenarnya berat hati nak lepaskan Nabil ke sekolah. Banyak lagi yang Nabil belum belajar dan di ajar oleh ibunya. Banyak lagi pahala yang tak sempat nak semai dari anak bujang ni. Namun, hantar je lah.
Memang lain sangat rasanya, apabila pertama kali mahu melepaskan Nabil berdikari sendiri. Minggu pertama, ayahnya hantar dan ambil. Minggu kedua, seawal 7.00am dah keluar rumah, sebab tunggu van sekolah. Nanti dekat pukul 1.00pm baru jumpa balik. Waktu dia balik dari sekolah tu, punyalah peluk cium macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Hoho... Dua tiga hari sebelum dia mula sekolah, mak dia dah nangis. Kemudian lepas dia masuk sekolah, mak dia nangis lagi. Berminggu-minggu jugaklah baru rasa sedih tu hilang. Anak baru tadika je pun. hohoho....
Begitulah kisahnya. Kisah pertama kali anak masuk tadika.^__^
Astaghfirullah. Wallahu a'lam.
Saya duduk rumah flat, tingkat satu. Betul-betul bawah rumah saya, ada Tadika Perpaduan. Ada masa, suara cikgu mengajar dengar sampai dalam rumah. Dapat lah jugak sikit2 ilmunya untuk ajar pada anak-anak saya pula. Antaranya, niat ambil wuduk, lagu anak-anak nabi, lagu satu Malaysia, doa sebelum dan selepas makan, lagu asma ul husna, serta beberapa perkara lagi.
Tapi, yang nak cerita ni bukan pasal tadika bawah rumah. Cerita tadika lain, iaitu Tadika ABS Luqman, Putra Perdana. Jauh dari rumah. Lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana dengan kereta. Lima belas minit tu, mula dari keluar pintu rumah, pergi parking, panaskan enjin kereta, jalan dan berhenti depan tadika. Waktu persekolahan Isnin-Jumaat, 8.30 am - 12.30 pm.
Uniknya sekolah ni, kerana guru mengajar guna Teknik Nabi, iaitu guru tidak marah-marah dan memaksa sebaliknya hanya mendorong perubahan tingkah laku murid secara positif, mengamalkan Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi, ada Kelab Usahawan 'Araf, tiada peperiksaan dan tidak mula pengajaran membaca untuk tiga bulan pertama. Masuk April baru belajar membaca.
Awal tahun, lebih banyak aktiviti belajar melalui bermain dan banyak aktiviti kreatif. Antaranya buat kraf, mewarna, dan melukis. Lebih tepat, menyonteng. heheh... Nabil suka kerana memang itu pun aktivitinya di rumah, selain suka berkawan-kawan. Dan saya juga suka bila Nabil tak stress di sekolah. Jadi, tiadalah sangat kejutan budaya untuknya selain kena bangun awal saja.
Hari Pertama Ke Sekolah.
Malam sebelumnya, Nabil tidur lewat. Punyalah seronok bila tahu dia akan mula bersekolah, sampai susah nak lelapkan mata. Hoho... Pagi tu, banyak kali juga kejutkan dia suruh bangun. Lena betul tidur, sampai bila dah sedar pun tak boleh nak buka mata sangat. Mengantuk lagilah tu. Tapi bangun juga sebab nak pergi sekolah. Mandi, bersiap, sarapan, lepas tu ayahnya hantar ke tadika. Sampai masuk ke dalam tadika.
Oleh kerana, Nabil okey je, ayahnya duduk kejap je dalam tu. Cakap ayah nak balik dulu pun dia tak kisah dah. Tinggallah Nabil bersama cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 12.30pm sekolah berakhir, ayah datang jemput balik. Punyalah banyak ceritanya. Siap hafal nama kawan-kawan baru lagi. Bawa balik robot kertas yang dia buat sendiri dan sticker smiley. Katanya, cikgu bagi sticker tu sebab dia tak menangis datang sekolah. Dan robot kertas tu juga sudah hilang ke mana. hehe..
Sumber gambar: Album TABSLuqman.
Hampir setiap hari Nabil bawa balik sticker smiley. Kadang-kadang 3, kadang-kadang 2 dan 1. Riuh lah mulutnya cerita, cikgu bagi sticker tu padanya sebab dia baik di sekolah, dengan cakap cikgu dan tak nakal. Haha...Ye lah tu. Tak nakal... hmmm...Memang setiap hari happy saja nak pergi sekolah. Sebab nak kumpul sticker dan main. hoho... Cerita sticker itu berakhir apabila dia selesai penuhkan ruang khas yang cikgu tulis nama dia di dinding sekolah.
Goodies.
Boleh dikatakan saban bulan juga Nabil bawa balik beg goodies hadiah dari rakannya yang sambut Hari Lahir di sekolah. Bila dia bawa balik beg goodies alat tulis atau mainan, panjang lebar ler senyum maknya. Bila tengok beg goodies jajan... adoiii. Sesak nafas.
Mak Nabil.
Di sebalik tabir kisah happy Nabil, ada cerita air mata mak Nabil.
Saya sebenarnya berat hati nak lepaskan Nabil ke sekolah. Banyak lagi yang Nabil belum belajar dan di ajar oleh ibunya. Banyak lagi pahala yang tak sempat nak semai dari anak bujang ni. Namun, hantar je lah.
Memang lain sangat rasanya, apabila pertama kali mahu melepaskan Nabil berdikari sendiri. Minggu pertama, ayahnya hantar dan ambil. Minggu kedua, seawal 7.00am dah keluar rumah, sebab tunggu van sekolah. Nanti dekat pukul 1.00pm baru jumpa balik. Waktu dia balik dari sekolah tu, punyalah peluk cium macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Hoho... Dua tiga hari sebelum dia mula sekolah, mak dia dah nangis. Kemudian lepas dia masuk sekolah, mak dia nangis lagi. Berminggu-minggu jugaklah baru rasa sedih tu hilang. Anak baru tadika je pun. hohoho....
Begitulah kisahnya. Kisah pertama kali anak masuk tadika.^__^
Astaghfirullah. Wallahu a'lam.
Nabil Sakit Telinga.
Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera.
Kerap Cuti.
Alkisahnya, setiap minggu Nabil pasti demam. Jadi rekod tidak hadir ke sekolahnya memang tip-top lor. Dia seorang saja yang asyik demam. Adik-adiknya demam juga, cuma tak sekerap dia. Barangkali kuat sangat main kot. Badan baru nak serasi dengan alam. Tiap-tiap petang mesti nak turun ke taman. Ntah apa-apa yang dia main kat bawah tu dengan rakan sebaya. Kucing lah, pasir lah, kejar-kejarlah... Cuma, sekarang cuti main di luar sebab IPU jerebu tinggi. Tebal kabutnya.
Mulanya saya ingat dia demam sebab stress di sekolah. Tiga bulan pertama masuk sekolah hari tu, memang dia happy. Banyak main-main. Bila masuk April, baru tadika mulakan silibus belajar membaca dan menulis. Dan selepas itu mulalah, dia cakap tak nak bangun pagi untuk sekolah. Alasannya, sekolah tak best. Sekolah kena belajar banyak. Sekolah kena beratur lama... Orang dah biasa main je. Bila tukar rutin, jadi tak serasi. Tapi, biasa lor. Mak dia garang. Kena pergi jugaklah sekolah. Hohoho...
Bukan apa, bila saya tanya cikgunya di sekolah, Nabil aktif saja belajar. Happy dan okey saja bersosial dengan kawan-kawan.
Then, setiap kali balik dari sekolah, saya tanya seronok tak di sekolah, seronok je jawapnya. Siap cerita, kawan-kawannya kena denda dengan cikgu sebab nakal. Dia cakap, dia baik. Haha.. Cikgu tak denda dia. Dia tak kacau kawan. Kawan pun takde gaduh-gaduh dengan dia. So, kesimpulan rambang saya, Nabil tak suka bangun pagi. Bukan tak seronok sekolah.
Nak mati masa tengah baca al-Quran.
Beberapa hari lepas, sebelum tidur, sembang-sembang dengan anak. Macam-macamlah topiknya. Pasal kawan, ultraman, kereta, nak mainan baru...
Kemudian Nabil cakap, "Ibu, nanti abang nak mati masa tengah baca al-Quran."
Sentap lah juga dengar dia cakap gitu. Tengok dia ambil sendiri al-Quran, selak-selak. Tak baca pun.
Ibunya pun jawap, "Eloklah niat macam tu. Tapi jangan mati lagi. Ibu doa semuan anak ibu habis umur masa tengah buat perkara baik."
Sakit Telinga.
Esoknya, tengah azan Subuh dari surau bawah rumah, Nabil bangun dan menangis beritahu sakit telinga. Badan pun panas. Demam lagi. Kali kedua demam untuk minggu yang sama. Saya duk ingat panas demam tu yang menyebabkan telinga sakit sebab memang ada beberapa kali demamnya serentak dengan sakit telinga.
Kali pertama mengadu sakit telinga tu, dari bulan April lepas lagi. Lepas dicuci telinga, tak lama sakitnya hilang. Barang kali sakit sebab masukkan jari yang kotor. Pernah bawa pergi cek. Doktor bagi ubat titis.
Kemudian mandikan dia, biar kurang sikit panasnya. Bagi ubat demam. Selimut semula. Tak lama lepas tu, "Ibu, abang nak baca al-Quran," katanya.
Eh! Tiba-tiba saja. Konfius maknye. Rasa lain macam. Tak pernah lagi maknye tengok anaknya nak baca al-Quran waktu Subuh. Tengah demam pula tu.
"Bagusnya abang. Rajin," balas saya.
"Abang nak baca al-Quran banyak-banyak. Nanti cepat sikit ayah belikan abang car remote."
"Ohoo... okey."
Ada udang bawah nasi rupanya. Kensel mak dia nak bersyahdu-syahdu dengan kelainan sikapnya subuh itu. Huhu... Akhir-akhir ni memang, 'rajin' betul dia kalau di suruh mengaji. Jadi, ayahnya pun buat lah tawaran jika abang banyak buat perkara baik yang Allah suka, ayah belikan apa yang abang minta.
Video Nabil baca surah al-Mulk di Subuh Jumaat hari tu. Yang benarnya, dia sedang hafal surah al-Mulk. Macam lancarlah bacaannya. Mengaji biasa-biasa, belum selancar itu lagi.
Pergi Klinik.
Klinik dengan rumah tak jauh. Jadi bolehlah jalan kaki je pergi sebab ayahnya takde. Kalau ayah Nabil ada di rumah, otomotik jadi tak larat nak berjalah. hohoho....
Masa di klinik tu, Nabil tak demam dah. Dah makan ubat demam sebelum tu. Yang benarnya, saya jarang bagi ubat demam untuk anak. Selalu bagi mandi saja kerap sikit dan tak pakaikan baju. Tapi, bila demamnya berbalik-balik, bagi jugalah ubat demam.
Cerita dengan doktor, anak bertuah tu asyik demam je. Demam dan sakit telinga saja tanpa batuk dan selsema. Doktor suluh dalam telinga kiri, waa.. nampak ada putih bahagian telinga dalam, seperti bernanah. Tapi takdelah pula meleleh keluar apa-apa. Telinga kanan okey. Jadi itulah puncanya. Ada jangkitan kuman dalam telinga. Dan apabila kuman itu aktif, demamlah Nabil. Terbalik dengan teori asal saya, yang ingat demam tu buat dia sakit telinga. heheh...
Untuk rawatan, doktor beri antibiotik, ubat titis telinga dan ubat demam. Total cas rawatan, RM 48. Sehingga hari ini, selepas 5 hari, belum ada aduan sakit telinga dan demam lagi. InsyaAllah lepas habis ubat, nak bawa pergi cek semula.
Lagi satu, saya perasan Nabil ni tak berapa dengar bila saya panggil atau sedang bercakap dengannya. Mulanya saya ingat dia tak paham cakap saya. Atau memang dia sengaja tak nak ikut arahan bila saya minta dia lakukan sesuatu waku dia tengah asyik bermain. Tapi, bila dia duk Hah? Hah? Apa dia ibu? Ibu cakap apa? Hingga terlintas juga nak cek pendengarannya. Agaknya, sebab jangkitan kuman itulah kot, jadi gitu, terganggu pendengaran. Wallahu a'lam.

Ahad, 6 September 2015
Jahitan Luka Bersalin Terbuka.
Assalamualaikum wbrt.
Antara yang penting selepas bersalin ialah hati-hati dalam setiap pergerakan supaya jahitan luka bersalin tak terbuka semula. Misi memang dah pesan, awasi pergerakan, untuk seminggu dua pertama selepas bersalin. Jalan perlahan-lahan. Kepit kaki. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak menyusukan anak atau nak buat apa-apa, ingat! Katanya, kalau terbuka semula, kena jahit baliklah. Cuma, untuk jahitan kali kedua, takde bius. Jahit je hidup-hidup.
Nak dijadikan cerita, dalam minggu pertama, terbuka jahitannya. Huhu... Saya pi langkah sekatan pintu yang memisahkan ruang tamu dengan dapur sebab si kembar adik kena air panas. Dia pi tarik jag air yang isi air panas tu. Isk. nasib baik airnya tak baru sangat masak. Tak panas betul, tapi panaslah juga untuk kulit anak umur 8 bulan. Mujur tak melecur. Merah-merah kulitnya. Bawa pergi hospital, kena tahan wad.
Saya pula pergi klinik O&G, doktor check, habaq tak boleh biarkan. Nanti ada masalah berbangkit kemudian hari. Jadi, terbanglah RM550 untuk jahit dan ubat itu je. huhu...
So, untuk next time, kena belajar macam mana bersalin tanpa luka. Kalau luka juga, beringatlah sokmo. Kalau dah beringat, kena juga, redalah untuk kos rawatan yang mahal itu. ^__^
...

Langgan:
Ulasan (Atom)