Isnin, 14 September 2015

Kali Pertama Masuk Tadika.

Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera.

Saya duduk rumah flat, tingkat satu. Betul-betul bawah rumah saya, ada Tadika Perpaduan. Ada masa, suara cikgu mengajar dengar sampai dalam rumah. Dapat lah jugak sikit2 ilmunya untuk ajar pada anak-anak saya pula. Antaranya, niat ambil wuduk, lagu anak-anak nabi, lagu satu Malaysia, doa sebelum dan selepas makan, lagu asma ul husna, serta beberapa perkara lagi.

Tapi, yang nak cerita ni bukan pasal tadika bawah rumah. Cerita tadika lain, iaitu Tadika ABS Luqman, Putra Perdana. Jauh dari rumah. Lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana dengan kereta. Lima belas minit tu, mula dari keluar pintu rumah, pergi parking, panaskan enjin kereta, jalan dan berhenti depan tadika. Waktu persekolahan Isnin-Jumaat, 8.30 am - 12.30 pm.

Tadika ni baru buka untuk murid umur 4, 5 dan 6 tahun, dan Nabil murid batch pertama. Ada perkhidmatan day care sekali untuk stay sampai petang bagi murid yang parents mereka bekerja. Yuran tahunan RM700++. Bulanan RM170. Hari Sukan RM50. Yuran bulanan tadika ABS berbeza ikut lokasi. Ada tadika ABS cawangan lain, yang tinggi lagi bayaran bulanannya. Hari Persembahan dan Graduasi RM125.

Uniknya sekolah ni, kerana guru mengajar guna Teknik Nabi, iaitu guru tidak marah-marah dan memaksa sebaliknya hanya mendorong perubahan tingkah laku murid secara positif, mengamalkan Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi, ada Kelab Usahawan 'Araf, tiada peperiksaan dan tidak mula pengajaran membaca untuk tiga bulan pertama. Masuk April baru belajar membaca.

Awal tahun, lebih banyak aktiviti belajar melalui bermain dan banyak aktiviti kreatif. Antaranya buat kraf, mewarna, dan melukis. Lebih tepat, menyonteng. heheh... Nabil suka kerana memang itu pun aktivitinya di rumah, selain suka berkawan-kawan. Dan saya juga suka bila Nabil tak stress di sekolah. Jadi, tiadalah sangat kejutan budaya untuknya selain kena bangun awal saja.

Hari Pertama Ke Sekolah.

Malam sebelumnya, Nabil tidur lewat. Punyalah seronok bila tahu dia akan mula bersekolah, sampai susah nak lelapkan mata. Hoho... Pagi tu, banyak kali juga kejutkan dia suruh bangun. Lena betul tidur, sampai bila dah sedar pun tak boleh nak buka mata sangat. Mengantuk lagilah tu. Tapi bangun juga sebab nak pergi sekolah. Mandi, bersiap, sarapan, lepas tu ayahnya hantar ke tadika. Sampai masuk ke dalam tadika.

Oleh kerana, Nabil okey je, ayahnya duduk kejap je dalam tu. Cakap ayah nak balik dulu pun dia tak kisah dah. Tinggallah Nabil bersama cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 12.30pm sekolah berakhir, ayah datang jemput balik. Punyalah banyak ceritanya. Siap hafal nama kawan-kawan baru lagi. Bawa balik robot kertas yang dia buat sendiri dan sticker smiley. Katanya, cikgu bagi sticker tu sebab dia tak menangis datang sekolah. Dan robot kertas tu juga sudah hilang ke mana. hehe..




 Sumber gambar: Album TABSLuqman.


Hampir setiap hari Nabil bawa balik sticker smiley. Kadang-kadang 3, kadang-kadang 2 dan 1. Riuh lah mulutnya cerita, cikgu bagi sticker tu padanya sebab dia baik di sekolah, dengan cakap cikgu dan tak nakal. Haha...Ye lah tu. Tak nakal... hmmm...Memang setiap hari happy saja nak pergi sekolah. Sebab nak kumpul sticker dan main. hoho... Cerita sticker itu berakhir apabila dia selesai penuhkan ruang khas yang cikgu tulis nama dia di dinding sekolah.

Goodies.

Boleh dikatakan saban bulan juga Nabil bawa balik beg goodies hadiah dari rakannya yang sambut Hari Lahir di sekolah. Bila dia bawa balik beg goodies alat tulis atau mainan, panjang lebar ler senyum maknya. Bila tengok beg goodies jajan... adoiii. Sesak nafas.

Mak Nabil.

Di sebalik tabir kisah happy Nabil, ada cerita air mata mak Nabil.

Saya sebenarnya berat hati nak lepaskan Nabil ke sekolah. Banyak lagi yang Nabil belum belajar dan di ajar oleh ibunya. Banyak  lagi pahala yang tak sempat nak semai dari anak bujang ni. Namun, hantar je lah.

Memang lain sangat rasanya, apabila pertama kali mahu melepaskan Nabil berdikari sendiri. Minggu pertama, ayahnya hantar dan ambil. Minggu kedua, seawal 7.00am dah keluar rumah, sebab tunggu van sekolah. Nanti dekat pukul 1.00pm baru jumpa balik. Waktu dia balik dari sekolah tu, punyalah peluk cium macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Hoho... Dua tiga hari sebelum dia mula sekolah, mak dia dah nangis. Kemudian lepas dia masuk sekolah, mak dia nangis lagi. Berminggu-minggu jugaklah baru rasa sedih tu hilang. Anak baru tadika je pun. hohoho....

Begitulah kisahnya. Kisah pertama kali anak masuk tadika.^__^


Astaghfirullah. Wallahu a'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan