Isnin, 14 September 2015

Nabil Sakit Telinga.

Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera.


Kerap Cuti.

Alkisahnya, setiap minggu Nabil pasti demam. Jadi rekod tidak hadir ke sekolahnya memang tip-top lor. Dia seorang saja yang asyik demam. Adik-adiknya demam juga, cuma tak sekerap dia. Barangkali kuat sangat main kot. Badan baru nak serasi dengan alam. Tiap-tiap petang mesti nak turun ke taman. Ntah apa-apa yang dia main kat bawah tu dengan rakan sebaya. Kucing lah, pasir lah, kejar-kejarlah... Cuma, sekarang cuti main di luar sebab IPU jerebu tinggi. Tebal kabutnya.

Mulanya saya ingat dia demam sebab stress di sekolah. Tiga bulan pertama masuk sekolah hari tu, memang dia happy. Banyak main-main. Bila masuk April, baru tadika mulakan silibus belajar membaca dan menulis. Dan selepas itu mulalah, dia cakap tak nak bangun pagi untuk sekolah. Alasannya, sekolah tak best. Sekolah kena belajar banyak. Sekolah kena beratur lama... Orang dah biasa main je. Bila tukar rutin, jadi tak serasi. Tapi, biasa lor. Mak dia garang. Kena pergi jugaklah sekolah. Hohoho...

Bukan apa, bila saya tanya cikgunya di sekolah, Nabil aktif saja belajar. Happy dan okey saja bersosial dengan kawan-kawan.

Then, setiap kali balik dari sekolah, saya tanya seronok tak di sekolah, seronok je jawapnya. Siap cerita, kawan-kawannya kena denda dengan cikgu sebab nakal. Dia cakap, dia baik. Haha.. Cikgu tak denda dia. Dia tak kacau kawan. Kawan pun takde gaduh-gaduh dengan dia.  So, kesimpulan rambang saya, Nabil tak suka bangun pagi. Bukan tak seronok sekolah.


Nak mati masa tengah baca al-Quran.

Beberapa hari lepas, sebelum tidur, sembang-sembang dengan anak. Macam-macamlah topiknya. Pasal kawan, ultraman, kereta, nak mainan baru...

Kemudian Nabil cakap, "Ibu, nanti abang nak mati masa tengah baca al-Quran."

Sentap lah juga dengar dia cakap gitu. Tengok dia ambil sendiri al-Quran, selak-selak. Tak baca pun.

Ibunya pun jawap, "Eloklah niat macam tu. Tapi jangan mati lagi. Ibu doa semuan anak ibu habis umur masa tengah buat perkara baik."


Sakit Telinga.

Esoknya, tengah azan Subuh dari surau bawah rumah, Nabil bangun dan menangis beritahu sakit telinga. Badan pun panas. Demam lagi. Kali kedua demam untuk minggu yang sama. Saya duk ingat panas demam tu yang menyebabkan telinga sakit sebab memang ada beberapa kali demamnya serentak dengan sakit telinga.

Kali pertama mengadu sakit telinga tu, dari bulan April lepas lagi. Lepas dicuci telinga, tak lama sakitnya hilang. Barang kali sakit sebab masukkan jari yang kotor. Pernah bawa pergi cek. Doktor bagi ubat titis.

Kemudian mandikan dia, biar kurang sikit panasnya. Bagi ubat demam. Selimut semula. Tak lama lepas tu, "Ibu, abang nak baca al-Quran," katanya.

Eh! Tiba-tiba saja. Konfius maknye. Rasa lain macam. Tak pernah lagi maknye tengok anaknya nak baca al-Quran waktu Subuh. Tengah demam pula tu.

"Bagusnya abang. Rajin," balas saya.

"Abang nak baca al-Quran banyak-banyak. Nanti cepat sikit ayah belikan abang car remote."

"Ohoo... okey."

Ada udang bawah nasi rupanya. Kensel mak dia nak bersyahdu-syahdu dengan kelainan sikapnya subuh itu. Huhu... Akhir-akhir ni memang, 'rajin' betul dia kalau di suruh mengaji. Jadi, ayahnya pun buat lah tawaran jika abang banyak buat perkara baik yang Allah suka, ayah belikan apa yang abang minta.


Video Nabil baca surah al-Mulk di Subuh Jumaat hari tu. Yang benarnya, dia sedang hafal surah al-Mulk. Macam lancarlah bacaannya. Mengaji biasa-biasa, belum selancar itu lagi.


Pergi Klinik.

Klinik dengan rumah tak jauh. Jadi bolehlah jalan kaki je pergi sebab ayahnya takde. Kalau ayah Nabil ada di rumah, otomotik jadi tak larat nak berjalah. hohoho....

Masa di klinik tu, Nabil tak demam dah. Dah makan ubat demam sebelum tu. Yang benarnya, saya jarang bagi ubat demam untuk anak. Selalu bagi mandi saja kerap sikit dan tak pakaikan baju.  Tapi, bila demamnya berbalik-balik, bagi jugalah ubat demam.

Cerita dengan doktor, anak bertuah tu asyik demam je. Demam dan sakit telinga saja tanpa batuk dan selsema. Doktor suluh dalam telinga kiri, waa.. nampak ada putih bahagian telinga dalam, seperti bernanah. Tapi takdelah pula meleleh keluar apa-apa. Telinga kanan okey. Jadi itulah puncanya. Ada jangkitan kuman dalam telinga. Dan apabila kuman itu aktif, demamlah Nabil. Terbalik dengan teori asal saya, yang ingat demam tu buat dia sakit telinga. heheh...

Untuk rawatan, doktor beri antibiotik, ubat titis telinga dan ubat demam. Total cas rawatan, RM 48.  Sehingga hari ini, selepas 5 hari, belum ada aduan sakit telinga dan demam lagi. InsyaAllah lepas habis ubat, nak bawa pergi cek semula.

Lagi satu, saya perasan Nabil ni tak berapa dengar bila saya panggil atau sedang bercakap dengannya. Mulanya saya ingat dia tak paham cakap saya. Atau memang dia sengaja tak nak ikut arahan bila saya minta dia lakukan sesuatu waku dia tengah asyik bermain. Tapi, bila dia duk Hah? Hah? Apa dia ibu? Ibu cakap apa? Hingga terlintas juga nak cek pendengarannya. Agaknya, sebab jangkitan kuman itulah kot, jadi gitu, terganggu pendengaran. Wallahu a'lam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan