Bismillah.
Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera.
Demam.
Siapa orang tua itu? Saya lor... Tinggal beberapa tahun saja lagi masuk umur 40 tahun. Doa khusus bila masuk umur 40 tahun pun tak tahu lagi macam mana bacanya dan maksudnya. Eh, sudah baca, tapi lupa.
Kesihatan penghuni di dalam rumah comel kami ini memang agak unik. Manakan tidak, di kala semua orang demam kerana musim hujan hujung-hujung tahun begini, tinggal saya seorang saja sihat walafiat.
Manakala, pada masa yang lain pula, di kala semua orang sihat walafiat, boleh pula tiba-tiba saya sorang-sorang ditimpa demam. Tanpa jangkitan dari siapa-siapa. Tanpa main hujan, main panas atau main apa-apa. Haa.. banyak dosalah tu! Hoho...
Bestkah demam? Kalau zaman sekolah, memang seronoklah sangat sebab boleh cuti dari pergi sekolah. Malas sekolah ni. Masa itu, cemburu dengan mak saudara yang sebaya umurnya dengan saya, yang mudah melancong ke sana ke mari walaupun waktu persekolahan. Betapa nampak sportingnya Tok Wan bila Mak Ngah boleh tentukan cuti sekolah sendiri. Mak Ngah, jangan marah haa...
Abah pula garang. Jangan sesekali berani tak nak pergi sekolah kalau tubuh badan tak sakit apa-apa. Hujan lebat ke, basikal tayar pancit ke, kerja sekolah tak siap ke, kena pergi juga.
Kalau hujan, lepas hujan berhenti, mesti pergi walaupun jam waktu itu sudah lepas waktu sekolah rehat. Kalau basikal pancit, tumpang basikal abang duduk kat pelantar belakang. Atau saya yang kena kayuh, dia duduk belakang. Ceh! Nanti lepas habis sekolah, baru pergi hantar repair dengan Pak Cat pomen kedai basikal.
Tapi iya lah, abah masih muda. Tak sama darah orang muda dengan darah emas Tok Wan. Tapi mak kata, Tok Wan memang dari dulu lagi tak garang. Alamak, salah teori. Barangkali sebab abah askar. Jadi anak askar kena berdisiplin macam askar jangan ponteng-ponteng sekolah.
Yang best lagi kalau demam masa budak hingusan ni, boleh bermalas-malasan tanpa perlu tolong mak buat kerja rumah. Padahal bukan sakit sangat pun sampai tidak larat buat apa-apa. Cuma panas badan saja. Tapi biasalah... haha.. ambil kesempatan minta mak masak sedap-sedap.
Cuma bila sudah menuju umur dewasa ini, kalau boleh mahu elak sangat-sangat dari demam. Demam orang dewasa jelas tidak sama perasaannya dengan demam masa budak. Ia datang sekali dengan pakej mual, sakit perut, cirit, kepala berdenyut dan lemah badan. Macam mabuk mengandung pula dia punya deritanya. Punyalah tak daya sampai bergerak sikit pun sakit. Mujurlah demam itu hadir pada hari terakhir boifren bekerja untuk minggu itu. Maka, tugas rutin di rumah itu boleh ler berpindah sekejap kepada beliau. :p
Bapa Mithali.
Sebenarnya, kasihan juga kerana beliau menghabiskan cuti weekendnya tanpa saya. Hanya beliau dan anak-anak saja. Saya pergi berhibernasi dan berisolasi satu malam satu hari di dalam bilik dengan si bongsu yang masih menyusu. Itupun kerap jugalah si bongsu itu keluar menduga ayahnya.
Macam-macam bunyi keluar apabila seharian beliau uruskan tiga orang anak soleh solehah yang boleh tahan 'baik'nya. Bermula dari mereka bangun, kemudian ajak mandi, buat sarapan, bermain bersama, anak kejap-kejap minta nak makan, tukar pampers si bongsu, lerai anak bergaduh, berebut mainan, masak tengah hari, layan anak makan dan macam-macam lagi sehingga masuk waktu tidur semula.
Sesekali, dengar jugaklah high volume beliau untuk mengawal keadaan. Habis rosak reputasi cool dan selamba yang dipertahankan. Hoho... Orang dah warning, kalau sorang-sorang mengadap tiga kanak-kanak riang coklat ini 24 jam, silap-silap boleh tukar jadi hijau. Tapi okey, laling tidak ber gen raksasa sangat, so tidak berapa menjadi sangatlah hijaunya.
Ayam Goreng Perisa Laut.
Boifren masak nasi dan goreng ayam untuk makan tengah hari. Baki kuah sup ayam semalam yang saya masak dan masih elok, panaskan saja. Mereka makan dulu dan saya dah lewat petang baru rasa nak makan.
Okeylah. 'Sedap'. Boleh makan lagi. Cuma perlu buang lapisan luar saja. Lagipun, masak sambil perang dengan anak, memang boleh lari resepi.
Saya kagum dengan usaha laling yang cuba juga untuk masak, tidak beli bungkus saja di luar walaupun ianya lebih mudah. Huhu... Tebukti kepakaran yang dimilikinya tidak ada kena-mengena dengan kerja di dapur.
Kakak pula pandai komplen masin. Shhh... cepat-cepat saya tutup mulutnya supaya ayah mithalinya tidak perasan. Tapi perasan juga rupanya. Barangkali, masa makan tengah hari tanpa saya sebelumnya pun sudah komplen. Hihi... Sudahnya, malam itu, boifren keluar juga beli bihun tomyam untuk tekak gefrennya yang gatal-gatal mahu makan masam-masam.
Sungguh, saya lebih selesa dalam keadaan sihat walaupun penat.
Terima kasih laling, rehatkan saya dari rutin.
Terima kasih anak-anak ibu, memahami dan tidak ganggu ibu berehat.
Astaghfirullah, wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan