Isnin, 14 September 2015

Kali Pertama Masuk Tadika.

Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera.

Saya duduk rumah flat, tingkat satu. Betul-betul bawah rumah saya, ada Tadika Perpaduan. Ada masa, suara cikgu mengajar dengar sampai dalam rumah. Dapat lah jugak sikit2 ilmunya untuk ajar pada anak-anak saya pula. Antaranya, niat ambil wuduk, lagu anak-anak nabi, lagu satu Malaysia, doa sebelum dan selepas makan, lagu asma ul husna, serta beberapa perkara lagi.

Tapi, yang nak cerita ni bukan pasal tadika bawah rumah. Cerita tadika lain, iaitu Tadika ABS Luqman, Putra Perdana. Jauh dari rumah. Lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana dengan kereta. Lima belas minit tu, mula dari keluar pintu rumah, pergi parking, panaskan enjin kereta, jalan dan berhenti depan tadika. Waktu persekolahan Isnin-Jumaat, 8.30 am - 12.30 pm.

Tadika ni baru buka untuk murid umur 4, 5 dan 6 tahun, dan Nabil murid batch pertama. Ada perkhidmatan day care sekali untuk stay sampai petang bagi murid yang parents mereka bekerja. Yuran tahunan RM700++. Bulanan RM170. Hari Sukan RM50. Yuran bulanan tadika ABS berbeza ikut lokasi. Ada tadika ABS cawangan lain, yang tinggi lagi bayaran bulanannya. Hari Persembahan dan Graduasi RM125.

Uniknya sekolah ni, kerana guru mengajar guna Teknik Nabi, iaitu guru tidak marah-marah dan memaksa sebaliknya hanya mendorong perubahan tingkah laku murid secara positif, mengamalkan Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi, ada Kelab Usahawan 'Araf, tiada peperiksaan dan tidak mula pengajaran membaca untuk tiga bulan pertama. Masuk April baru belajar membaca.

Awal tahun, lebih banyak aktiviti belajar melalui bermain dan banyak aktiviti kreatif. Antaranya buat kraf, mewarna, dan melukis. Lebih tepat, menyonteng. heheh... Nabil suka kerana memang itu pun aktivitinya di rumah, selain suka berkawan-kawan. Dan saya juga suka bila Nabil tak stress di sekolah. Jadi, tiadalah sangat kejutan budaya untuknya selain kena bangun awal saja.

Hari Pertama Ke Sekolah.

Malam sebelumnya, Nabil tidur lewat. Punyalah seronok bila tahu dia akan mula bersekolah, sampai susah nak lelapkan mata. Hoho... Pagi tu, banyak kali juga kejutkan dia suruh bangun. Lena betul tidur, sampai bila dah sedar pun tak boleh nak buka mata sangat. Mengantuk lagilah tu. Tapi bangun juga sebab nak pergi sekolah. Mandi, bersiap, sarapan, lepas tu ayahnya hantar ke tadika. Sampai masuk ke dalam tadika.

Oleh kerana, Nabil okey je, ayahnya duduk kejap je dalam tu. Cakap ayah nak balik dulu pun dia tak kisah dah. Tinggallah Nabil bersama cikgu dan kawan-kawan barunya. Pukul 12.30pm sekolah berakhir, ayah datang jemput balik. Punyalah banyak ceritanya. Siap hafal nama kawan-kawan baru lagi. Bawa balik robot kertas yang dia buat sendiri dan sticker smiley. Katanya, cikgu bagi sticker tu sebab dia tak menangis datang sekolah. Dan robot kertas tu juga sudah hilang ke mana. hehe..




 Sumber gambar: Album TABSLuqman.


Hampir setiap hari Nabil bawa balik sticker smiley. Kadang-kadang 3, kadang-kadang 2 dan 1. Riuh lah mulutnya cerita, cikgu bagi sticker tu padanya sebab dia baik di sekolah, dengan cakap cikgu dan tak nakal. Haha...Ye lah tu. Tak nakal... hmmm...Memang setiap hari happy saja nak pergi sekolah. Sebab nak kumpul sticker dan main. hoho... Cerita sticker itu berakhir apabila dia selesai penuhkan ruang khas yang cikgu tulis nama dia di dinding sekolah.

Goodies.

Boleh dikatakan saban bulan juga Nabil bawa balik beg goodies hadiah dari rakannya yang sambut Hari Lahir di sekolah. Bila dia bawa balik beg goodies alat tulis atau mainan, panjang lebar ler senyum maknya. Bila tengok beg goodies jajan... adoiii. Sesak nafas.

Mak Nabil.

Di sebalik tabir kisah happy Nabil, ada cerita air mata mak Nabil.

Saya sebenarnya berat hati nak lepaskan Nabil ke sekolah. Banyak lagi yang Nabil belum belajar dan di ajar oleh ibunya. Banyak  lagi pahala yang tak sempat nak semai dari anak bujang ni. Namun, hantar je lah.

Memang lain sangat rasanya, apabila pertama kali mahu melepaskan Nabil berdikari sendiri. Minggu pertama, ayahnya hantar dan ambil. Minggu kedua, seawal 7.00am dah keluar rumah, sebab tunggu van sekolah. Nanti dekat pukul 1.00pm baru jumpa balik. Waktu dia balik dari sekolah tu, punyalah peluk cium macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Hoho... Dua tiga hari sebelum dia mula sekolah, mak dia dah nangis. Kemudian lepas dia masuk sekolah, mak dia nangis lagi. Berminggu-minggu jugaklah baru rasa sedih tu hilang. Anak baru tadika je pun. hohoho....

Begitulah kisahnya. Kisah pertama kali anak masuk tadika.^__^


Astaghfirullah. Wallahu a'lam.



Nabil Sakit Telinga.

Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera.


Kerap Cuti.

Alkisahnya, setiap minggu Nabil pasti demam. Jadi rekod tidak hadir ke sekolahnya memang tip-top lor. Dia seorang saja yang asyik demam. Adik-adiknya demam juga, cuma tak sekerap dia. Barangkali kuat sangat main kot. Badan baru nak serasi dengan alam. Tiap-tiap petang mesti nak turun ke taman. Ntah apa-apa yang dia main kat bawah tu dengan rakan sebaya. Kucing lah, pasir lah, kejar-kejarlah... Cuma, sekarang cuti main di luar sebab IPU jerebu tinggi. Tebal kabutnya.

Mulanya saya ingat dia demam sebab stress di sekolah. Tiga bulan pertama masuk sekolah hari tu, memang dia happy. Banyak main-main. Bila masuk April, baru tadika mulakan silibus belajar membaca dan menulis. Dan selepas itu mulalah, dia cakap tak nak bangun pagi untuk sekolah. Alasannya, sekolah tak best. Sekolah kena belajar banyak. Sekolah kena beratur lama... Orang dah biasa main je. Bila tukar rutin, jadi tak serasi. Tapi, biasa lor. Mak dia garang. Kena pergi jugaklah sekolah. Hohoho...

Bukan apa, bila saya tanya cikgunya di sekolah, Nabil aktif saja belajar. Happy dan okey saja bersosial dengan kawan-kawan.

Then, setiap kali balik dari sekolah, saya tanya seronok tak di sekolah, seronok je jawapnya. Siap cerita, kawan-kawannya kena denda dengan cikgu sebab nakal. Dia cakap, dia baik. Haha.. Cikgu tak denda dia. Dia tak kacau kawan. Kawan pun takde gaduh-gaduh dengan dia.  So, kesimpulan rambang saya, Nabil tak suka bangun pagi. Bukan tak seronok sekolah.


Nak mati masa tengah baca al-Quran.

Beberapa hari lepas, sebelum tidur, sembang-sembang dengan anak. Macam-macamlah topiknya. Pasal kawan, ultraman, kereta, nak mainan baru...

Kemudian Nabil cakap, "Ibu, nanti abang nak mati masa tengah baca al-Quran."

Sentap lah juga dengar dia cakap gitu. Tengok dia ambil sendiri al-Quran, selak-selak. Tak baca pun.

Ibunya pun jawap, "Eloklah niat macam tu. Tapi jangan mati lagi. Ibu doa semuan anak ibu habis umur masa tengah buat perkara baik."


Sakit Telinga.

Esoknya, tengah azan Subuh dari surau bawah rumah, Nabil bangun dan menangis beritahu sakit telinga. Badan pun panas. Demam lagi. Kali kedua demam untuk minggu yang sama. Saya duk ingat panas demam tu yang menyebabkan telinga sakit sebab memang ada beberapa kali demamnya serentak dengan sakit telinga.

Kali pertama mengadu sakit telinga tu, dari bulan April lepas lagi. Lepas dicuci telinga, tak lama sakitnya hilang. Barang kali sakit sebab masukkan jari yang kotor. Pernah bawa pergi cek. Doktor bagi ubat titis.

Kemudian mandikan dia, biar kurang sikit panasnya. Bagi ubat demam. Selimut semula. Tak lama lepas tu, "Ibu, abang nak baca al-Quran," katanya.

Eh! Tiba-tiba saja. Konfius maknye. Rasa lain macam. Tak pernah lagi maknye tengok anaknya nak baca al-Quran waktu Subuh. Tengah demam pula tu.

"Bagusnya abang. Rajin," balas saya.

"Abang nak baca al-Quran banyak-banyak. Nanti cepat sikit ayah belikan abang car remote."

"Ohoo... okey."

Ada udang bawah nasi rupanya. Kensel mak dia nak bersyahdu-syahdu dengan kelainan sikapnya subuh itu. Huhu... Akhir-akhir ni memang, 'rajin' betul dia kalau di suruh mengaji. Jadi, ayahnya pun buat lah tawaran jika abang banyak buat perkara baik yang Allah suka, ayah belikan apa yang abang minta.


Video Nabil baca surah al-Mulk di Subuh Jumaat hari tu. Yang benarnya, dia sedang hafal surah al-Mulk. Macam lancarlah bacaannya. Mengaji biasa-biasa, belum selancar itu lagi.


Pergi Klinik.

Klinik dengan rumah tak jauh. Jadi bolehlah jalan kaki je pergi sebab ayahnya takde. Kalau ayah Nabil ada di rumah, otomotik jadi tak larat nak berjalah. hohoho....

Masa di klinik tu, Nabil tak demam dah. Dah makan ubat demam sebelum tu. Yang benarnya, saya jarang bagi ubat demam untuk anak. Selalu bagi mandi saja kerap sikit dan tak pakaikan baju.  Tapi, bila demamnya berbalik-balik, bagi jugalah ubat demam.

Cerita dengan doktor, anak bertuah tu asyik demam je. Demam dan sakit telinga saja tanpa batuk dan selsema. Doktor suluh dalam telinga kiri, waa.. nampak ada putih bahagian telinga dalam, seperti bernanah. Tapi takdelah pula meleleh keluar apa-apa. Telinga kanan okey. Jadi itulah puncanya. Ada jangkitan kuman dalam telinga. Dan apabila kuman itu aktif, demamlah Nabil. Terbalik dengan teori asal saya, yang ingat demam tu buat dia sakit telinga. heheh...

Untuk rawatan, doktor beri antibiotik, ubat titis telinga dan ubat demam. Total cas rawatan, RM 48.  Sehingga hari ini, selepas 5 hari, belum ada aduan sakit telinga dan demam lagi. InsyaAllah lepas habis ubat, nak bawa pergi cek semula.

Lagi satu, saya perasan Nabil ni tak berapa dengar bila saya panggil atau sedang bercakap dengannya. Mulanya saya ingat dia tak paham cakap saya. Atau memang dia sengaja tak nak ikut arahan bila saya minta dia lakukan sesuatu waku dia tengah asyik bermain. Tapi, bila dia duk Hah? Hah? Apa dia ibu? Ibu cakap apa? Hingga terlintas juga nak cek pendengarannya. Agaknya, sebab jangkitan kuman itulah kot, jadi gitu, terganggu pendengaran. Wallahu a'lam.






Ahad, 6 September 2015

Jahitan Luka Bersalin Terbuka.

Assalamualaikum wbrt.

Antara yang penting selepas bersalin ialah hati-hati dalam setiap pergerakan supaya jahitan luka bersalin tak terbuka semula. Misi memang dah pesan, awasi pergerakan, untuk seminggu dua pertama selepas bersalin. Jalan perlahan-lahan. Kepit kaki. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak menyusukan anak atau nak buat apa-apa, ingat! Katanya, kalau terbuka semula, kena jahit baliklah. Cuma, untuk jahitan kali kedua, takde bius. Jahit je hidup-hidup.

Nak dijadikan cerita, dalam minggu pertama, terbuka jahitannya. Huhu... Saya pi langkah sekatan pintu yang memisahkan ruang tamu dengan dapur sebab si kembar adik kena air panas. Dia pi tarik jag air yang isi air panas tu. Isk. nasib baik airnya tak baru sangat masak. Tak panas betul, tapi panaslah juga untuk kulit anak umur 8 bulan. Mujur tak melecur. Merah-merah kulitnya. Bawa pergi hospital, kena tahan wad.

Saya pula pergi klinik O&G, doktor check, habaq tak boleh biarkan. Nanti ada masalah berbangkit kemudian hari. Jadi, terbanglah RM550 untuk jahit dan ubat itu je. huhu...

So, untuk next time, kena belajar macam mana bersalin tanpa luka. Kalau luka juga, beringatlah sokmo. Kalau dah beringat, kena juga, redalah untuk kos rawatan yang mahal itu. ^__^



...


Rabu, 2 September 2015

Kenangan Hamil dan Melahirkan Anak Sulung

Bismillah.

Assalamualaikum wbrt. dan salam sejatera.

Hai, bertemu kembali.

Alhamdulillah, masih sihat dan hidup lagi sampai hari ini. Lama sudah tidak masuk catatan di sini. Rupanya, untuk tahun 2015, satu entry pun tiada. huhu... Rajin sungguh.

Tahun ini, anak bujang sulung, saya hantar bersekolah tadika. Dari tak mau hantar, hantar juga. Banyak drama air mata wooo sebelum dan selepas anak ini sekolah. InsyaAllah cerita dalam entry lain.




Sudah 6 tahun anak bujang ibu ni. Manja pun belum habis lagi. Mungkin anak ibu yang paling manja. Dan yang paling cepat buat ibu naik hantu juga. Dululah... dulu...

Tapi, seperti biasa, selepas marah-marah anak, menyesal pula. Tak ingat, anak inilah dulu yang saya duk minta merayu-rayu dengan Tuhan masa belum kahwin dulu. Minta Tuhan bagi saya anak, supaya nanti ada zuriat soleh/solehah yang akan doakan saya lepas mati. Minta nak anak tau. Bukan minta nak kahwin. Keh, keh, keh...

Yang sebetulnya, pesan orang bijak pandai, bila mahu berkahwin, niat kahwin tu sebab mahu jadi pemimpin. InsyaAllah, bahagia, banyak pahala, sebab niat jadi pemimpin, mesti tunjuk tingkah laku baik. Pemimpin untuk diri sendiri. Kalau ada anak, pemimpin anak. Apabila niat mahu anak, tapi tak dapat anak, boleh tergugat kerukunan rumahtangga. Kalau dah tersalah niat, tukar balik niat, bertaubat dan mohon keluarga kita sentiasa dapat rahmat.


7 tahun yang lalu...

Alhamdulillah, bulan ketiga kahwin, saya hamil. Hamil anak pertama pada umur 28 tahun. Saya ingat tahun tu, hari pertama puasa Ramadan, rasa tak best tu mai. Pening-pening mual. Masa tu baru lewat dua-tiga hari saja period rasanya, tapi instinc habaq, preknen kot. hoho... Nampak sangat tak sabaq-sabaq nak ada anak.

Dalam bulan puasa tu, kanda bawa pergi Klinik Kesihatan Kajang, terus jumpa doktor. Demam sikit je pun. Campur pening-pening. Muntah-muntah takde lagi. Takdenya nak pi farmasi dulu beli tester. Tau konpem preknen dekat klinik, doktor habaq. Bayar RM1 je, kos pendaftaran. Sob... sob... Hati bunga-bunga, seronok. Rasanya masa check tu, kandungan umur 5 minggu kot. Awal sangat lagi.

Masa ni, tak selesa duduk dalam rumah. Asyik pening je. Keluar rumah tak pening pulak. Jadi banyak lah masanya saya ambil angin kat luar. Tapi bila time balik, nampak je kelibat rumah, pening mai balik. waduh.. Terbau-bau jiran menumis, jiran masak maggi, masak telur... Belum bau lagi dah terbau-bau, sudah terbau lagi lor. Nak pengsan!

Puasa tahun tu, tak penuh sebulan. Selera, tak cerewet sangat. Awal-awal preknen je tak suka bau masakan. Jenuh lor masak tekup hidung. Lagi satu, saya tak suka telur. Kanda suka sangat. Nangis-nangis bila nampak telur. Bersahur telur, berbuka telur... Baru kahwin kan. Jimat-cermat. Duit dah banyak habis. Peti ais takde lagi. Kedai, jauh dari rumah. Jadi, simpan stok lauk kering sajalah banyak. Sejak tu, kanda stop beli telur. Lama jugaklah. Ops, sampai sekarang anak sulung saya tak suka makan telur. Saya okey dah. Boleh makan. Tak nangis dah tengok telur tu. Haha...

Persiapan menyambut orang baru, beli sederhana saja. Kalau tak salah, empat atau lima pasang baju saja untuk baby. Yang lain-lain, selimut, bantal, tilam, set mandian, towel, minyak baby, napkin... memang sangat sederhana. Lagipun, kakak ipar pesan, jangan beli baju newborn banyak-banyak sebelum baby lahir. Baby cepat besar, sayang sebab baby boleh pakai sekejap saja.


Dilema Bersalin Anak Pertama.

Ini pun, pening juga. Nak bersalin kat mana. Hospital sini sajakah? Terengganukah? Perakkah?Puchong, ada jiran-jiran saja. Kanda laling kerja jauh di KL. Ambil masa juga dari KL balik Puchong kemudian ke hospital. Dan hospital paling dekat Hospital Serdang. Tak dekat jugalah. Campur traffic, apa semua, mahu lebih setengah jam baru sampai. Lagipun, pandai ke nak jaga anak sendiri. Nanti kalau ia asyik nangis je, nak buat macam mana?

Jadi, abang chik yang kat Perak, offer bersalin dan berpantang di rumah dia sajalah di Kamunting. Jarak rumah beliau dengan Hospital Taiping pun dekat saja. Lebih kurang 10 minit. Wah, seronok betul. Cuma agak rasa serba-salah jugaklah sebab masa tu, anak kembar beliau baru 8 bulan. Tengah aktif sesangat merangkak. Kesian dekat kak ipar. Namun, mungkin, kesian kak ipar pada saya lebih banyak berbanding saya kasihankan beliau, maka bersetujulah saya untuk memperbanyakkan amal jariah beliau menjaga ibu mengandung yang akan berpantang di rumah beliau.

Saya balik rumah abang chik, lebih kurang tiga minggu sebelum due lahir baby. Kanda laling hantar. Lepas tu kena tinggal, pasal kanda kena balik semula ke Puchong, kerja. Biasalah, sok sek sok sek sedih banyak kena berpisah sementara. Tak pernah kena tinggal lama-lama sebenarnya. Kush-kush hota hai le sikit rasa. keh. keh keh... Mujurlah ada anak sedara kembar, penglipur lara. Lupalah sekejap sedih bagai bila dengaq depa menjerit, menangis, ketawa, bergaduh dan seumpamanya.  Kak ipaq pun sempoi dan baik hati.


Check up.

Sambung check-up perut di Klinik Desa Kg. Pinang, Kamunting.

Hari Selasa, 5/5/2009, Waktu mandi pagi, perasan ada keluar darah. Nebes, nebes... Bagi tau kakak ipar, beliau tanya, sakit tak?   Sebab biasanya, kalau keluar tanda darah, sakitnya lagi teruk dari tanda keluar air ketuban. Ohoo... gitulah pulak.  Kebetulan hari tu, memang ada check perut kat klinik desa. Bagitau misi pasal tanda tu, misi suruh siap-siap pergi hospital terus. Nak bersalin dah lah tu, katanya.

Oleh kerana due melahirkan 11/5/2015, maka takdelah nak beria-ia sangat nak pergi. Lagipun takde sakit apa-apa. Baby gerak macam biasa. Telefon kanda, habaq kena pi check kat hospital sebab dah keluar tanda. Seronok sebab baby dah bagi sign nak keluaq. Campoq seronok sebab kanda habaq dia nak balik Perak, walaupun tak konpem pun wife nya nak bersalin hari tu. Rindu wooo lama tak jumpa boifren.  Huhuu...

Kak ipar suruh makan kenyang-kenyang, baru pergi hospital. Mana tahu kalau kena tahan wad, dan bersalin hari tu jugak. Rasanya makan tak kenyang jugak lah sebab jantung dah start berdebar-debar. Tengahari, abang cik hantar pergi ke hospital, daftar kat wad bersalin. Cek air kencing, cek perut, cek bukaan jalan.  Doktor habaq jalan dah bukak 2cm, dan kena tahan wad. Yeay! Err... cek jalan itu, rasa sakit. Dan malu.

Habaq kat abang cik yang tengah tunggu kat luar, abang balik dululah. Kita tak boleh balik. Dia pun dah senyum2 dan takut-takutkan saya sakitnya beranak. Ceh! Kemudian ada rumors pula, kata labour room Hospital Taiping agak 'keras' pasal ada banyak kematian dan port kesukaan makhluk yang suka darah tu. Banyak kes baby boy yang lahir, tak selamat. Aduh! Takdelah nak percaya. Tapi takutlah juga.

Tukar baju pink. Comey. Suka betul saya dengan kalernya. Dapat katil no. 19, tepi toilet. Seronok sebab tak sakit. Kurang seronok sebab katil dekat toilet. Macam-macam terbayang dalam toilet tu. Hoho... boleh tahan penakut jugak. Tapi ada rasa sedih jugaklah duk sorang-sorang kat wad, pasal kanda takde. Tengah on the long way.

Lepas tu misi praktikal yang uniform dia ada kaler hijau dekat bahu tu, panggil buat CTG. Letak alat atas perut. Cek kontraksi. Tapi, takde kontraksi pun. Lama jugaklah, baru balik semula ke katil.

Sampai waktu melawat abang cik dan familynya datang. Dengan kawan-kawan askar abang chik pun ada yang kebetulan ziarah rakan mereka dalam wad yang sama. Saya tak ingat mereka, tapi ada di antara mereka yang ingat saya, sebab masa kenduri kahwin saya dulu, mereka ada datang. Oh, masa saya kahwin dulu, abang chik juga yang uruskan majlisnya. Jadi, di antara ramai tetamu yang hadir, di kalangan kawan askar abang cik dan kak ipar serta jiran merekalah.

Berkenal-kenalan dengan jiran dekat-dekat katil. Macam-macamlah ragamnya. Yang sudah bersalin, susukan anak. Yang tengah sakit. Yang tengah huha huha... Saya kategori pemerhati. Keh keh keh. Seronok tengok yang dah selamat bersalin. Dan berdebar-debar tengok yang sedang sakit. Sakit sangat ke? Teringat-ingat cerita dalam tv, ibu meraung-raung sakit nak bersalin. Isk!


Sakit.

Lebih kurang pukul 3.30 petang, baru rasa sakit sikit-sikit. Saya agak, itu yang dipanggil kontraksi kot. Baca pengalaman orang sakit kontraksi, makin lama, makin sakit. Susah hati pula rasa. Kemudian rasa nak buang air besar je. Elok sangatlah katil dekat dengan bilik air. Mak angkat ada bekalkan air selusuh. Air itulah saya ambil minum dan renjis-renjis kat perut. Mak angkat pesan gitu.

Waktu melawat sesi petang, Mak Ndak sekeluarga datang. Mak Ndak, adik arwah mak. Rumah beliau dekat-dekat dengan rumah abang cik juga. Baik sangat orangnya. Lembut dan tak banyak cakap. Masa kecik-kecik dulu, Mak Ndak sekeluarga rajin datang ziarah rumah parent saya, jadi hubungan keluarga tu, rapatlah.

Cakap dengan Mak Ndak, sakitnya nak bersalin. Bila baby nak keluar ni? Macam mana nak tahu dia nak keluar dah? Risau juga, kalau-kalau baby keluar kat katil 19 je. Bukan kat labour room. Huhu... Berpeluh-peluh dan panas je rasa badan. Mak Ndak habaq, anak sulung biasanya sakit lama. Ada yang sampai lebih 24 jam.

Waaa... saya baru 3 jam sakit. Lama lagilah nak tunggu. Lagi pula, sebelum Mak Ndak sampai tu, baru je lepas cek jalan. Maintain je 2cm je pintunya buka. Ingatkan kalau dah sakit banyak tu, besar dah lah pintu terbuka.

Pukul 8.00 malam, senior staff nurse pula tolong tengok jalan. Pangkat makcik dah. Barangkali, kesian kot tengok saya muka nak nangis je. Nak suap makanan ke mulut pun dah tak lalu dah. Tak boleh nak telan. Yang sebelum-sebelum tu, misi praktikal yang cek. Katanya, dah boleh masuk labour room pasal dah buka 5cm. Yeay! Cepat-cepat mesej update kat  kanda.

Hilang dah risau takut terbersalin kat katil wad. Hihi... Mai risau lain pula. Risau masuk bilik yang dikatakan  'bilik berhantu'. Hohoho... karut sungguh! Punyalah beria-ia ulang-kali baca ayat kursi dan surah tiga Qul.

Misi minta saya jalan pelan-pelan masuk labour room. Tak jauh pun. Misi teman. Bagi mudah bersalin katanya. Akhirnya sampailah juga ke labour room, selepas berhenti beberapa kali sebab kontraksi kuat. Masa tu dah pukul 8 malam lebih. Dekat pukul 9 malam. Tukar uniform lagi. Uniform putih pula. Lepas tu mai beberapa orang doktor muda lelaki dan perempuan, berdiri kat hujung katil dengar doktor senior cakap-cakap. Serius tak selesa. Nasib depa dengaq brieffing je, lepas tu pergi tempat lain.

Kebetulan malam tu, saya sorang je. Takde ibu lain yang nak bersalin. Misi habaq, kalau suami ada kat luar, boleh masuk kejap jumpa saya. Biasanya tak boleh. Terus rasa nak nangis. Kanda ada kat mana pun tak tau. Dah sampaikah? Belumkah? Yang saya tau, kanda takde tunggu kat luar. Cepat-cepat misi tegur jangan nangis. Nanti tak cukup tenaga nak teran baby keluar. Huhu... Sedih sakit. Sedih sebab sorang-sorang. Sedih kanda takde. Sedih teringat kat arwah mak... macam-macam lor sedihnya.

Kemudian doktor datang cek lagi. Doktor bagitau dah 8 cm dah bukaannya. Bila-bila baby boleh keluar. Sempatlah juga rasa happy dengar kata-kata membahagiakan itu. Teruk sangat dah rasa sakitnya. Depa kata, lepas baby keluar, rasa sakit semua terbang. Depa kata lah. Doktor minta izin pecahkan air ketuban. Ohooo... dia tak pecah sendiri heh. Konfius kejap. Dua-tiga misi juga sudah tunggu di situ.


Detik Kelahiran.

Saya ingat doktor beritahu kepala baby sudah nampak. Doktor ajar, teran kuat-kuat bila ada rasa nak meneran. Konfius lagi. Rasa nak meneran tu, rasa macam mana? huhu... Sadis sungguh. Dalam duk blur, tiba-tiba rasa benda nak keluar. Rasa dia macam nak buang air besar. Bila rasa tu mai, perut automatik rasa nak meneran keluar. Wah! Susah rupanya nak teran! Macam kena sembelit tahap dewa. Tak daya nak teran sampai habis sebab tak cukup nafas. Banyak kali ambil nafas panjang tapi tak boleh juga.

Tak ingat saya push berapa kali diiringi dengan pom pom misi suruh push. Kelakarlah juga rasa dengar misi bersorak suruh teran sampai habis. Bahaya teran tak habis, baby termasuk balik dalam rahim. Baby saya sangkut kat bahu. Dengar misi dorong suruh perah tenaga kuat sikit sebab bimbang kalau push tak betul, nanti habis tenaga tapi baby tak keluar juga. Tak pasai-pasai kena operate untuk elak baby lemas. Dah cuba kuat dah ni, puan misi. sob... sob....

Akhirnya, pukul 9.35 malam, berjaya juga selesaikan misi. Leganya bila dengar suara baby menangis.... Lega sangat-sangat. Terbit le setitik dua ayaq mata terharu, bila misi tunjuk baby boy dan letak kat dada sekejap. Dapat ucapan tahniah dari doktor dan misi. Dapat tengok anak juga akhirnya. Hilang terus sakit kontraksi. Ada rasa pedih sikit-sikit je. Misi habaq bahu anak lebam sikit kesan tersangkut beberapa kali kat pintu rahim tadi. Kesian baby. Maaf ye anak. Tak sengaja.

Kemudian misi ambil semula baby, bawa pergi tempat lain. Misi bagi minum air milo suam. Kemudian jahit semula luka bersalin. Mula-mula cucuk ubat bius dulu. Lepas tu baru jahit. Ada tiga lapisan semua. Misi yang jahit luka ni, baik sangat. Tapi saya tak ingat nama beliau. Lembut je suara dia, sembang-sembang sambil buat kerja.

Sebelum jahit lapisan ketiga, iaitu kulit paling keluar, beliau bagitau akan sakit sikit. Ada guntingan masa melahirkan baby tadi. Oh ye ke... memang tak perasan telah di gunting. Sikit misi cakap. Sakit banyak lor. Kemudian misi lagi seorang datang, minta izin bagi baby susu formula pasal, baby duk nangis kuat dan maknye belum setel dijahit lagi.  Memang kuat pun suaranya. Kesian pulak dengar.

Sudah siap semua, misi bagi semula baby untuk susukan. Rehat sekejap dalam labour room tu. Masa ni takde rasa seram-seram dah. Happy je dapat peluk dan cium baby. Baby pula tak nangis. Kenyang lagi agaknya. Duk merengek sikit-sikit je time menyusu. Baby tak pandai menyedut. Mak baby pun sama tak pandai nak susukan. Waduh, trouble betul.


Balik ke wad.

Lebih kurang pukul 11 malam, baru keluar laboor room masuk wad semula. Seronok woo masa disorong balik ke katil 19 dengan baby kat sebelah. Jiran-jiran wad yang cam saya masuk labour room masa pukul 8.00 pm lebih sikit tadi tengok, eh! Sekejapnya. Sekejap depa kata. Hohoo...

Sampai kat katil, saya mesej kanda, inform dah siap dah bersalin. Tak reply. Call tak angkat. Sudah cuak semacam. Ada apa-apakah yang berlaku? Telefon abang cik, tanya, kanda laling dah sampai ke belum? Ada ni, kat rumah.Tengah rehat-rehat, katanya. Henpon sengaja kanda silent pasal kembar tidur awal. Tak mau ganggu depa.

Beliau sampai maghrib tadi, abang cik ambil kat stesyen bas dan terus balik rumah. Kanda nak terus pergi hospital tapi abang cakap baliklah mandi dulu. Bukan boleh masuk pun. Kena tunggu kat luar. Malam-malam sikit baru keluar semula pergi hospital. Rupanya depa pun ingat saya bersalin esok. huhu...

Kanda terus datang hopital dengan abang cik. Saya tak dapat keluar. Kanda pun tak dibenarkan masuk wad. Misi ambil baby boy je, Untuk kanda azankan, iqamatkan dan ambil uri bawak balik cuci dan tanam, Tak kisahlah. Yang penting kanda dah selamat sampai.

Sepanjang malam tu memang mata tak boleh nak lelap sangat walaupun mengantuk. Cuba tidur pun tak boleh tidur sebab happy dah dapat peluk anak punya pasal. Asyik nak peluk  je anaknya. Tak mau letak kat dalam katil baby. haha...


Tukar pampers.

Baby pula sesekali nangis, kuat betul suara dia. Kelam-kabut jadinya. Lepas tu baru terperasan baby memerut. Nangis nak habaq tolong bersihkan saya. Sebelum tu, misi ada habaq, baby buang air besar. Saya ingat, misi just inform je dan beliau dah cucikan. Tidak cuci rupanya. Kena buat sendiri. Barangkali, kotoran sudah lama melekat di kulit baby, susah juga nak bersihkan. Terkial-kial lor ibu muda ni nak cuci guna tisu basah. Kekok betul rasa. First time. Baby jerit, kemain lagi. Macam kena gigit je. Haha... Ingat ye, uruskan sendiri berak kencing anak. Bukan kerja misi. Kerja mak.

Esoknya, tengahari sudah boleh keluar wad dah. Yeay! Dah sampai rumah baru terasa betapa lenguhnya urat-urat satu badan kesan melahirkan baby. Lepas urut, tiga hari berturut-turut, Alhamdulillah, selesalah sikit.


Hari ini.

Sayu pula terkenang kenangan melahirkan Nabil. Apa taknya, makin besar anak, makin garang maknye.

Untuk semua ibu yang bakal melahirkan anak pertama, selamat melahirkan. Memang sakit, tapi best! Better sakit kontraksi daripada tak sakit langsung. Depa kata,kalau tak sakit, tak boleh nak teran baby. Kena operate pulak. Depa katalah.... Wallahu a'lam.