Bismillah.
Assalamualaikum wbrt. dan salam sejatera.
Hai, bertemu kembali.
Alhamdulillah, masih sihat dan hidup lagi sampai hari ini. Lama sudah tidak masuk catatan di sini. Rupanya, untuk tahun 2015, satu entry pun tiada. huhu... Rajin sungguh.
Tahun ini, anak bujang sulung, saya hantar bersekolah tadika. Dari tak mau hantar, hantar juga. Banyak drama air mata wooo sebelum dan selepas anak ini sekolah. InsyaAllah cerita dalam entry lain.
Sudah 6 tahun anak bujang ibu ni. Manja pun belum habis lagi. Mungkin anak ibu yang paling manja. Dan yang paling cepat buat ibu naik hantu juga. Dululah... dulu...
Tapi, seperti biasa, selepas marah-marah anak, menyesal pula. Tak ingat, anak inilah dulu yang saya duk minta merayu-rayu dengan Tuhan masa belum kahwin dulu. Minta Tuhan bagi saya anak, supaya nanti ada zuriat soleh/solehah yang akan doakan saya lepas mati. Minta nak anak tau. Bukan minta nak kahwin. Keh, keh, keh...
Yang sebetulnya, pesan orang bijak pandai, bila mahu berkahwin, niat kahwin tu sebab mahu jadi pemimpin. InsyaAllah, bahagia, banyak pahala, sebab niat jadi pemimpin, mesti tunjuk tingkah laku baik. Pemimpin untuk diri sendiri. Kalau ada anak, pemimpin anak. Apabila niat mahu anak, tapi tak dapat anak, boleh tergugat kerukunan rumahtangga. Kalau dah tersalah niat, tukar balik niat, bertaubat dan mohon keluarga kita sentiasa dapat rahmat.
7 tahun yang lalu...
Alhamdulillah, bulan ketiga kahwin, saya hamil. Hamil anak pertama pada umur 28 tahun. Saya ingat tahun tu, hari pertama puasa Ramadan, rasa tak best tu mai. Pening-pening mual. Masa tu baru lewat dua-tiga hari saja period rasanya, tapi instinc habaq, preknen kot. hoho... Nampak sangat tak sabaq-sabaq nak ada anak.
Dalam bulan puasa tu, kanda bawa pergi Klinik Kesihatan Kajang, terus jumpa doktor. Demam sikit je pun. Campur pening-pening. Muntah-muntah takde lagi. Takdenya nak pi farmasi dulu beli tester. Tau konpem preknen dekat klinik, doktor habaq. Bayar RM1 je, kos pendaftaran. Sob... sob... Hati bunga-bunga, seronok. Rasanya masa check tu, kandungan umur 5 minggu kot. Awal sangat lagi.
Masa ni, tak selesa duduk dalam rumah. Asyik pening je. Keluar rumah tak pening pulak. Jadi banyak lah masanya saya ambil angin kat luar. Tapi bila time balik, nampak je kelibat rumah, pening mai balik. waduh.. Terbau-bau jiran menumis, jiran masak maggi, masak telur... Belum bau lagi dah terbau-bau, sudah terbau lagi lor. Nak pengsan!
Puasa tahun tu, tak penuh sebulan. Selera, tak cerewet sangat. Awal-awal preknen je tak suka bau masakan. Jenuh lor masak tekup hidung. Lagi satu, saya tak suka telur. Kanda suka sangat. Nangis-nangis bila nampak telur. Bersahur telur, berbuka telur... Baru kahwin kan. Jimat-cermat. Duit dah banyak habis. Peti ais takde lagi. Kedai, jauh dari rumah. Jadi, simpan stok lauk kering sajalah banyak. Sejak tu, kanda stop beli telur. Lama jugaklah. Ops, sampai sekarang anak sulung saya tak suka makan telur. Saya okey dah. Boleh makan. Tak nangis dah tengok telur tu. Haha...
Persiapan menyambut orang baru, beli sederhana saja. Kalau tak salah, empat atau lima pasang baju saja untuk baby. Yang lain-lain, selimut, bantal, tilam, set mandian, towel, minyak baby, napkin... memang sangat sederhana. Lagipun, kakak ipar pesan, jangan beli baju newborn banyak-banyak sebelum baby lahir. Baby cepat besar, sayang sebab baby boleh pakai sekejap saja.
Dilema Bersalin Anak Pertama.
Ini pun, pening juga. Nak bersalin kat mana. Hospital sini sajakah? Terengganukah? Perakkah?Puchong, ada jiran-jiran saja. Kanda laling kerja jauh di KL. Ambil masa juga dari KL balik Puchong kemudian ke hospital. Dan hospital paling dekat Hospital Serdang. Tak dekat jugalah. Campur traffic, apa semua, mahu lebih setengah jam baru sampai. Lagipun, pandai ke nak jaga anak sendiri. Nanti kalau ia asyik nangis je, nak buat macam mana?
Jadi, abang chik yang kat Perak, offer bersalin dan berpantang di rumah dia sajalah di Kamunting. Jarak rumah beliau dengan Hospital Taiping pun dekat saja. Lebih kurang 10 minit. Wah, seronok betul. Cuma agak rasa serba-salah jugaklah sebab masa tu, anak kembar beliau baru 8 bulan. Tengah aktif sesangat merangkak. Kesian dekat kak ipar. Namun, mungkin, kesian kak ipar pada saya lebih banyak berbanding saya kasihankan beliau, maka bersetujulah saya untuk memperbanyakkan amal jariah beliau menjaga ibu mengandung yang akan berpantang di rumah beliau.
Saya balik rumah abang chik, lebih kurang tiga minggu sebelum due lahir baby. Kanda laling hantar. Lepas tu kena tinggal, pasal kanda kena balik semula ke Puchong, kerja. Biasalah, sok sek sok sek sedih banyak kena berpisah sementara. Tak pernah kena tinggal lama-lama sebenarnya. Kush-kush hota hai le sikit rasa. keh. keh keh... Mujurlah ada anak sedara kembar, penglipur lara. Lupalah sekejap sedih bagai bila dengaq depa menjerit, menangis, ketawa, bergaduh dan seumpamanya. Kak ipaq pun sempoi dan baik hati.
Check up.
Sambung check-up perut di Klinik Desa Kg. Pinang, Kamunting.
Hari Selasa, 5/5/2009, Waktu mandi pagi, perasan ada keluar darah. Nebes, nebes... Bagi tau kakak ipar, beliau tanya, sakit tak? Sebab biasanya, kalau keluar tanda darah, sakitnya lagi teruk dari tanda keluar air ketuban. Ohoo... gitulah pulak. Kebetulan hari tu, memang ada check perut kat klinik desa. Bagitau misi pasal tanda tu, misi suruh siap-siap pergi hospital terus. Nak bersalin dah lah tu, katanya.
Oleh kerana due melahirkan 11/5/2015, maka takdelah nak beria-ia sangat nak pergi. Lagipun takde sakit apa-apa. Baby gerak macam biasa. Telefon kanda, habaq kena pi check kat hospital sebab dah keluar tanda. Seronok sebab baby dah bagi sign nak keluaq. Campoq seronok sebab kanda habaq dia nak balik Perak, walaupun tak konpem pun wife nya nak bersalin hari tu. Rindu wooo lama tak jumpa boifren. Huhuu...
Kak ipar suruh makan kenyang-kenyang, baru pergi hospital. Mana tahu kalau kena tahan wad, dan bersalin hari tu jugak. Rasanya makan tak kenyang jugak lah sebab jantung dah start berdebar-debar. Tengahari, abang cik hantar pergi ke hospital, daftar kat wad bersalin. Cek air kencing, cek perut, cek bukaan jalan. Doktor habaq jalan dah bukak 2cm, dan kena tahan wad. Yeay! Err... cek jalan itu, rasa sakit. Dan malu.
Habaq kat abang cik yang tengah tunggu kat luar, abang balik dululah. Kita tak boleh balik. Dia pun dah senyum2 dan takut-takutkan saya sakitnya beranak. Ceh! Kemudian ada rumors pula, kata labour room Hospital Taiping agak 'keras' pasal ada banyak kematian dan port kesukaan makhluk yang suka darah tu. Banyak kes baby boy yang lahir, tak selamat. Aduh! Takdelah nak percaya. Tapi takutlah juga.
Tukar baju pink. Comey. Suka betul saya dengan kalernya. Dapat katil no. 19, tepi toilet. Seronok sebab tak sakit. Kurang seronok sebab katil dekat toilet. Macam-macam terbayang dalam toilet tu. Hoho... boleh tahan penakut jugak. Tapi ada rasa sedih jugaklah duk sorang-sorang kat wad, pasal kanda takde. Tengah on the long way.
Lepas tu misi praktikal yang uniform dia ada kaler hijau dekat bahu tu, panggil buat CTG. Letak alat atas perut. Cek kontraksi. Tapi, takde kontraksi pun. Lama jugaklah, baru balik semula ke katil.
Sampai waktu melawat abang cik dan familynya datang. Dengan kawan-kawan askar abang chik pun ada yang kebetulan ziarah rakan mereka dalam wad yang sama. Saya tak ingat mereka, tapi ada di antara mereka yang ingat saya, sebab masa kenduri kahwin saya dulu, mereka ada datang. Oh, masa saya kahwin dulu, abang chik juga yang uruskan majlisnya. Jadi, di antara ramai tetamu yang hadir, di kalangan kawan askar abang cik dan kak ipar serta jiran merekalah.
Berkenal-kenalan dengan jiran dekat-dekat katil. Macam-macamlah ragamnya. Yang sudah bersalin, susukan anak. Yang tengah sakit. Yang tengah huha huha... Saya kategori pemerhati. Keh keh keh. Seronok tengok yang dah selamat bersalin. Dan berdebar-debar tengok yang sedang sakit. Sakit sangat ke? Teringat-ingat cerita dalam tv, ibu meraung-raung sakit nak bersalin. Isk!
Sakit.
Lebih kurang pukul 3.30 petang, baru rasa sakit sikit-sikit. Saya agak, itu yang dipanggil kontraksi kot. Baca pengalaman orang sakit kontraksi, makin lama, makin sakit. Susah hati pula rasa. Kemudian rasa nak buang air besar je. Elok sangatlah katil dekat dengan bilik air. Mak angkat ada bekalkan air selusuh. Air itulah saya ambil minum dan renjis-renjis kat perut. Mak angkat pesan gitu.
Waktu melawat sesi petang, Mak Ndak sekeluarga datang. Mak Ndak, adik arwah mak. Rumah beliau dekat-dekat dengan rumah abang cik juga. Baik sangat orangnya. Lembut dan tak banyak cakap. Masa kecik-kecik dulu, Mak Ndak sekeluarga rajin datang ziarah rumah parent saya, jadi hubungan keluarga tu, rapatlah.
Cakap dengan Mak Ndak, sakitnya nak bersalin. Bila baby nak keluar ni? Macam mana nak tahu dia nak keluar dah? Risau juga, kalau-kalau baby keluar kat katil 19 je. Bukan kat labour room. Huhu... Berpeluh-peluh dan panas je rasa badan. Mak Ndak habaq, anak sulung biasanya sakit lama. Ada yang sampai lebih 24 jam.
Waaa... saya baru 3 jam sakit. Lama lagilah nak tunggu. Lagi pula, sebelum Mak Ndak sampai tu, baru je lepas cek jalan. Maintain je 2cm je pintunya buka. Ingatkan kalau dah sakit banyak tu, besar dah lah pintu terbuka.
Pukul 8.00 malam, senior staff nurse pula tolong tengok jalan. Pangkat makcik dah. Barangkali, kesian kot tengok saya muka nak nangis je. Nak suap makanan ke mulut pun dah tak lalu dah. Tak boleh nak telan. Yang sebelum-sebelum tu, misi praktikal yang cek. Katanya, dah boleh masuk labour room pasal dah buka 5cm. Yeay! Cepat-cepat mesej update kat kanda.
Hilang dah risau takut terbersalin kat katil wad. Hihi... Mai risau lain pula. Risau masuk bilik yang dikatakan 'bilik berhantu'. Hohoho... karut sungguh! Punyalah beria-ia ulang-kali baca ayat kursi dan surah tiga Qul.
Misi minta saya jalan pelan-pelan masuk labour room. Tak jauh pun. Misi teman. Bagi mudah bersalin katanya. Akhirnya sampailah juga ke labour room, selepas berhenti beberapa kali sebab kontraksi kuat. Masa tu dah pukul 8 malam lebih. Dekat pukul 9 malam. Tukar uniform lagi. Uniform putih pula. Lepas tu mai beberapa orang doktor muda lelaki dan perempuan, berdiri kat hujung katil dengar doktor senior cakap-cakap. Serius tak selesa. Nasib depa dengaq brieffing je, lepas tu pergi tempat lain.
Kebetulan malam tu, saya sorang je. Takde ibu lain yang nak bersalin. Misi habaq, kalau suami ada kat luar, boleh masuk kejap jumpa saya. Biasanya tak boleh. Terus rasa nak nangis. Kanda ada kat mana pun tak tau. Dah sampaikah? Belumkah? Yang saya tau, kanda takde tunggu kat luar. Cepat-cepat misi tegur jangan nangis. Nanti tak cukup tenaga nak teran baby keluar. Huhu... Sedih sakit. Sedih sebab sorang-sorang. Sedih kanda takde. Sedih teringat kat arwah mak... macam-macam lor sedihnya.
Kemudian doktor datang cek lagi. Doktor bagitau dah 8 cm dah bukaannya. Bila-bila baby boleh keluar. Sempatlah juga rasa happy dengar kata-kata membahagiakan itu. Teruk sangat dah rasa sakitnya. Depa kata, lepas baby keluar, rasa sakit semua terbang. Depa kata lah. Doktor minta izin pecahkan air ketuban. Ohooo... dia tak pecah sendiri heh. Konfius kejap. Dua-tiga misi juga sudah tunggu di situ.
Detik Kelahiran.
Saya ingat doktor beritahu kepala baby sudah nampak. Doktor ajar, teran kuat-kuat bila ada rasa nak meneran. Konfius lagi. Rasa nak meneran tu, rasa macam mana? huhu... Sadis sungguh. Dalam duk blur, tiba-tiba rasa benda nak keluar. Rasa dia macam nak buang air besar. Bila rasa tu mai, perut automatik rasa nak meneran keluar. Wah! Susah rupanya nak teran! Macam kena sembelit tahap dewa. Tak daya nak teran sampai habis sebab tak cukup nafas. Banyak kali ambil nafas panjang tapi tak boleh juga.
Tak ingat saya push berapa kali diiringi dengan pom pom misi suruh push. Kelakarlah juga rasa dengar misi bersorak suruh teran sampai habis. Bahaya teran tak habis, baby termasuk balik dalam rahim. Baby saya sangkut kat bahu. Dengar misi dorong suruh perah tenaga kuat sikit sebab bimbang kalau push tak betul, nanti habis tenaga tapi baby tak keluar juga. Tak pasai-pasai kena operate untuk elak baby lemas. Dah cuba kuat dah ni, puan misi. sob... sob....
Akhirnya, pukul 9.35 malam, berjaya juga selesaikan misi. Leganya bila dengar suara baby menangis.... Lega sangat-sangat. Terbit le setitik dua ayaq mata terharu, bila misi tunjuk baby boy dan letak kat dada sekejap. Dapat ucapan tahniah dari doktor dan misi. Dapat tengok anak juga akhirnya. Hilang terus sakit kontraksi. Ada rasa pedih sikit-sikit je. Misi habaq bahu anak lebam sikit kesan tersangkut beberapa kali kat pintu rahim tadi. Kesian baby. Maaf ye anak. Tak sengaja.
Kemudian misi ambil semula baby, bawa pergi tempat lain. Misi bagi minum air milo suam. Kemudian jahit semula luka bersalin. Mula-mula cucuk ubat bius dulu. Lepas tu baru jahit. Ada tiga lapisan semua. Misi yang jahit luka ni, baik sangat. Tapi saya tak ingat nama beliau. Lembut je suara dia, sembang-sembang sambil buat kerja.
Sebelum jahit lapisan ketiga, iaitu kulit paling keluar, beliau bagitau akan sakit sikit. Ada guntingan masa melahirkan baby tadi. Oh ye ke... memang tak perasan telah di gunting. Sikit misi cakap. Sakit banyak lor. Kemudian misi lagi seorang datang, minta izin bagi baby susu formula pasal, baby duk nangis kuat dan maknye belum setel dijahit lagi. Memang kuat pun suaranya. Kesian pulak dengar.
Sudah siap semua, misi bagi semula baby untuk susukan. Rehat sekejap dalam labour room tu. Masa ni takde rasa seram-seram dah. Happy je dapat peluk dan cium baby. Baby pula tak nangis. Kenyang lagi agaknya. Duk merengek sikit-sikit je time menyusu. Baby tak pandai menyedut. Mak baby pun sama tak pandai nak susukan. Waduh, trouble betul.
Balik ke wad.
Lebih kurang pukul 11 malam, baru keluar laboor room masuk wad semula. Seronok woo masa disorong balik ke katil 19 dengan baby kat sebelah. Jiran-jiran wad yang cam saya masuk labour room masa pukul 8.00 pm lebih sikit tadi tengok, eh! Sekejapnya. Sekejap depa kata. Hohoo...
Sampai kat katil, saya mesej kanda, inform dah siap dah bersalin. Tak reply. Call tak angkat. Sudah cuak semacam. Ada apa-apakah yang berlaku? Telefon abang cik, tanya, kanda laling dah sampai ke belum? Ada ni, kat rumah.Tengah rehat-rehat, katanya. Henpon sengaja kanda silent pasal kembar tidur awal. Tak mau ganggu depa.
Beliau sampai maghrib tadi, abang cik ambil kat stesyen bas dan terus balik rumah. Kanda nak terus pergi hospital tapi abang cakap baliklah mandi dulu. Bukan boleh masuk pun. Kena tunggu kat luar. Malam-malam sikit baru keluar semula pergi hospital. Rupanya depa pun ingat saya bersalin esok. huhu...
Kanda terus datang hopital dengan abang cik. Saya tak dapat keluar. Kanda pun tak dibenarkan masuk wad. Misi ambil baby boy je, Untuk kanda azankan, iqamatkan dan ambil uri bawak balik cuci dan tanam, Tak kisahlah. Yang penting kanda dah selamat sampai.
Sepanjang malam tu memang mata tak boleh nak lelap sangat walaupun mengantuk. Cuba tidur pun tak boleh tidur sebab happy dah dapat peluk anak punya pasal. Asyik nak peluk je anaknya. Tak mau letak kat dalam katil baby. haha...
Tukar pampers.
Baby pula sesekali nangis, kuat betul suara dia. Kelam-kabut jadinya. Lepas tu baru terperasan baby memerut. Nangis nak habaq tolong bersihkan saya. Sebelum tu, misi ada habaq, baby buang air besar. Saya ingat, misi just inform je dan beliau dah cucikan. Tidak cuci rupanya. Kena buat sendiri. Barangkali, kotoran sudah lama melekat di kulit baby, susah juga nak bersihkan. Terkial-kial lor ibu muda ni nak cuci guna tisu basah. Kekok betul rasa. First time. Baby jerit, kemain lagi. Macam kena gigit je. Haha... Ingat ye, uruskan sendiri berak kencing anak. Bukan kerja misi. Kerja mak.
Esoknya, tengahari sudah boleh keluar wad dah. Yeay! Dah sampai rumah baru terasa betapa lenguhnya urat-urat satu badan kesan melahirkan baby. Lepas urut, tiga hari berturut-turut, Alhamdulillah, selesalah sikit.
Hari ini.
Sayu pula terkenang kenangan melahirkan Nabil. Apa taknya, makin besar anak, makin garang maknye.
Untuk semua ibu yang bakal melahirkan anak pertama, selamat melahirkan. Memang sakit, tapi best! Better sakit kontraksi daripada tak sakit langsung. Depa kata,kalau tak sakit, tak boleh nak teran baby. Kena operate pulak. Depa katalah.... Wallahu a'lam.