Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda.
Assalamualaikum wbrt. dan salam sejahtera kepada semua tetamu yang datang bertamu ke blog bisnes MMR Outlet 95, iaitu sebuah syarikat berdaftar yang menjalankan bisnes jualan buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) sebagai produk utama.
MMR Outlet 95 juga, InsyaAllah akan membekalkan buku-buku lain yang berkaitan dengan Kanak-kanak, Remaja, Parenting, Motivasi, Islamik, Bisnes dan Kewangan.
Di samping itu juga, akan membekalkan produk pendidikan seperti pakej set Jom Ngaji Upin dan Ipin dan Permainan Pendidikan Kanak-kanak.
Pernahkah sahabat mendengar tentang buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini? Ia merupakan buku bestseller pada tahun ini. Sejak di lancarkan pada Mei 2012, ia telah dicetak sebanyak 12 kali dan jualannya sudah melebihi 100 000 naskah dalam tempoh satu tahun setengah.
Keistimewaan utama buku ini ialah, ia memberi hasil yang positif kepada para pembacanya apabila mereka mula beramal dengan amalan menjemput rezeki. Ya, rezeki datang tanpa disangka-sangka apabila tahu tekniknya! Amalannya pula mudah-mudah saja untuk diikuti.
Dengan Izin Allah, saya akan berkongsi pengalaman menjemput rezeki dengan sahabat semua di dalam entri yang akan datang.
Sekian, salam perkenalan dan persahabatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan