Ganjaran daripada sedekah sebuah buku dan duit RM 100.
Kisah ini berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas. Sudah 5 bulan berlalu. Ia aplikasi pertama yang
Teknik yang digunakan ialah teknik yang paling glemer dan cepat iaitu 1-1 = 10.
Apakah?
Maksudnya, jaminan daripada Pemberi Rezeki bahawa setiap satu sedekah kita akan di balas 10x ganda. Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Hakikat sebenar sedekah ialah memperbanyakkan harta kita. Malah boleh jadi sehingga 700x ganda. Ajaib kan? Tiada yang mustahil apabila janji dan jaminan itu datang dariNya. Sesungguhnya Dia tidak memungkiri janji.
Rezeki setiap kita adalah unik. Kita hanya akan dapat apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita mahu. Sudah pasti Tuhan tahu apa yang kita perlukan.
Sebagai contoh kita mahu kereta Perodua Kancil, tetapi dapat Toyota Wish. Hohoo... Best kan? Sebab anak kita ramai, bila balik kampung anak-anak saudara yang jarang dapat jumpa suka mahu naik kereta dengan kita. Ibubapa kita pula asal balik kampung saja pasti mahu dipenuhkan bonet kereta kita dengan buah tangan dari kampung untuk dibawa pulang semula ke rumah kita. Maklumlah anaknya duduk beratus-ratus km jauh. Pasti banyak bekal yang mahu dibekalkan. Pisang, ubi kayu, serai, daun kunyit, kelapa...
Berbalik kepada sedekah buku dan duit di atas, apakah ganjaran yang Si Penjual buku yang agak berkira-kira pada awalnya untuk bersedekah itu dapat? hehehh..
Sebenarnya, buku itu buku terpakai dan sayang sangat nak berikan kepada orang lain. Tetapi kerana ilmu yang penting dalam buku itu mahu disampaikan kepada penerimanya, maka gagallah usaha si syaitan yang membisikkan perasaan sayang dan rugi tadi.
Sebagai balasanya, Si Penjual buku yang agak kedekut itu dapat buku free lebih daripada 50 naskah yang bernilai hampir RM1k ! Rezeki yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah, Allah Maha Pemurah.
Kemudian, dapat berita gembira suaminya pula dapat tawaran kenaikkan pangkat dan gaji. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan?
Pengajaran yang paling utama ialah perlu yakin. Lakukan sahaja kebaikan tanpa ragu-ragu. Sudah pasti setiap yang kita lakukan akan di balas. Buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.
Astaghfirullah. Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan