Assalamualaikum wbrt. Salam Sejahtera.
Pernah baca buku ini?
Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, oleh Tuan Zamri Mohamad.
Saya baru memulakan pembacaan. Berkerut muka suami sebelum ketawa tatkala saya mohon beliau bayarkan buku ini untuk saya. Keh.. keh.. keh.. Tenkiu laling.
Murah saja. Harga di Semenanjung Malaysia RM21. 50.
Apabila yang menulisnya adalah penulis lelaki untuk tajuk buku seperti di atas, keterujaan untuk mengetahuinya lebih sikit.
Pelik bukan sekiranya penulis wanita menulis tentang apa yang lelaki suka dan penulis lelaki menulis apa yang wanita suka? Jadi, cuba baca apa kata orang lelaki tentang apa yang mereka suka.
Ilmu ini, praktis pada suami saja. Tok sah gatai-gatai buat kat boifren atau tunang yang belum halal.
Sekiranya mahu dijadikan hadiah untuk sahabat atau saudara-mara pada Hari Perkahwinan mereka, dialu-alukan sangat. Ia mengandungi tip menarik bagaimana untuk mengurut emosi suami agar hubungan perkahwinan bahagia, ceria dan saling menghargai. Hadiahkan untuk kawan yang sudah berkahwin lama pun boleh.
Orang lelaki tidak mudah bercerita apa keinginannya kepada isteri atau sebarang masalah yang mengganggu ketenangan. Namun bahasa badannya, boleh dijadikan panduan. Misalnya apabila suami pulang ke rumah dengan muka yang berkerut, usah terus bertanya kenapa dan balas dengan muka berkerut juga.
Senyum, hulurkan segelas air, sediakan tuala mandi bersih di hujung katil, dan pastikan katil untuk beliau baring tidak dipenuhi pakaian atau apa-apapun yang mengganggu moodnya untuk baring sebentar. Setelah nampak beliau rileks sikit, baru suarakan empati kita padanya.
Dengar dengan baik luahannya tanpa mencadangkan apa penyelesaian segera seolah-olah mengajarnya apa yang harus dibuat kecuali diminta. Hati lelaki pasti terhibur dan cair dengan sikap empati, memahami dan mendengar yang ditunjukkan.
Setakat yang saya belek-belek dan sempat baca, menarik juga. Antaranya penulis masukkan contoh situasi, dialog, masalah, pengalaman orang lama dan cadangan bagaimana untuk mengatasi sesuatu kesukaran yang berpunca dari dalam mahupun dari luar rumah.
Saya belum habis baca, jadi tak mampu nak komen lebih-lebih lagi. Namun saya yakin pasti ia bermanfaat seperti buku-buku lain tulisan beliau yang sudah saya baca.
Oh lagi satu, saya create blog ini berpandukan langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam salah satu buku beliau iaitu:
Mudah saja rupanya nak buat blog. Mudah bila sudah tahu. Kan.. :D
Didoakan Allah membalas kebaikan yang banyak kepada penulis ini dan memudahkan beliau melangkah ke syurga tanpa hisab. Banyak ilmu percuma dan bermanfaat diperolehi melalui beliau terutama berkaitan bagaimana mahu jadi penulis yang diberkati, disayangi Allah dan dikasihi nabi saw. Sahabat pembaca semua boleh berkenalan dengan beliau di mukabuku Tuan Zamri Mohamad.
Bahagiakan pasangan.
Bahagiakan anak-anak.
Banyak pahala untuk diraih melalui mereka.
Insyaa Allah rahmat Pemberi Rahmat sentiasa mengiringi.
Astaghfirullah, wallahu'alam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan