Assalamualaikum wbrt. dan Salam Sejahtera.
Pasangan adalah ujian. Anak juga adalah ujian. Ujian yang semakin mendekatkan diri dengan Pencipta ataupun sebaliknya.
Tidak semua orang beriman mampu menambah pahala melalui amal ibadat wajib dan sunat. Oleh itu, ada sebahagian orang imannya dan taqwanya meningkat melalui ujian menjaga pasangan hidup yang terlantar sakit.
Ada orang pahalanya berlipat ganda dengan kehadiran anak-anak yang luar biasa kerenahnya. Yang sentiasa buat ibu tersenyum, susah hati, tidak cukup rehat dan tidak cukup masa untuk diri sendiri sepanjang menghadapinya.
Namun yang pasti, setiap ujian yang dihadirkan pasti tidak melebihi tahap keupayaan seseorang untuk menanggungnya. Saya doakan sahabat sekalian yang sudi singgah di sini sebentar, yang tabah dan sabar mengharungi ujian kehidupan sentiasa diberkati dan dipermudahkan setiap urusan di dunia dan di akhirat semudah-mudahnya.
Anakku Pencinta Al-Quran
Hasrat mahu anak kenal, cinta dan mesra dengan al-Quran sudah lama bersemi di hati. Selain memburu pahala dengan mengajar sendiri al-Quran, ia juga merupakan impian arwah mak (opah Nabil) mahu cucu-cucunya jadi imam kelak.
Pernah dengar tak kata-kata, terkadang kita buat sesuatu adalah untuk orang lain. Kita usaha lakukan sesuatu perkara untuk bahagiakan orang yang kita sayang kerana redha Allah bersama mak. Kita penuhi impian mak semata-mata untuk mencari redha Allah.
Tapi, itulah... Ada saja halangannya. Rasa tidak sempat, tunggu dulu, tidak sabar, tidak berapa rajin dan seumpamanya. Awal-awal dulu, kalau tak salah, ketika umur Nabil dua tahun lebih, saya dedahkan kepadanya lagu Al Furqan. Sehingga beliau boleh menghafal lagu tersebut, kenal huruf dan menulis, baru saya berikan buku Al Furqan. Hasilnya beliau sangat happy sebab sudah kenal-kenal huruf tersebut.
Apabila umur Nabil semakin bertambah, ketangkasannya (elak daripada guna istilah nakal) juga semakin menguji. Banyak cakap, banyak bertanya, banyak mengusik adik, dan banyak buat ibu tarik nafas beristighfar. Kalau bukan abang yang buat adik nangis, adik pula saja cari sebab usik abang sampai nangis. Adeh.
Namun, cuba pujuk hati, anak kecil begitulah, biasa dan normal. Tanda dia sihat dan cergas. Ibu tak banyak amal ibadat. Barangkali kerenah Nabil dan adik-adiknya adalah ladang pahala untuk ibu sebagai ganti untuk amalan ibadah lain yang tidak seberapa. Lagipun, suasana 'meriah' seperti ini tidak lama. Kelak bila anak ini sudah mula bersekolah, pasti saya akan mula merinduinya. heheh...
Kenapa saya begitu tekankan sangat hafazan dan disiplin anak bujang sulung yang sudah melewati usia 5 tahun ini? Nak suruh adik-adiknya mengikut. Mereka kerap bermain bersama. Saya perasan banyak sikap Nabil yang telah berjaya ditiru oleh Fatimah dan Umar.
Kadang-kadang kena hint juga dengan boifren bila nampak saya keras mengajar Nabil. Malah kadang-kadang rasa macam Nabil ambil kesempatan pula mengelak mengaji bila time ayahnya ada di rumah. Ada masa dia seronok mengaji. Ada masa tak nak, tak nak, tak nak. Nak main je... Mengaji penat. Ayooo...
Umur 6 tahun pertama adalah umur emas kanak-kanak yang harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana mereka mudah menerima apa saja yang kita masukkan ke dalam diri mereka. Misalnya hafalan surah-surah lazim, doa-doa harian yang ringkas dan mudah, akhlak terhadap Allah, nabi, ibubapa dan seumpamanya.
Insyaa Allah dengan asas didikan awal yang baik dari rumah, mudah-mudahan akhlak baik berterusan cemerlang sehingga akhir ayat. Mana tahu kelak boleh join skuad Al-Qassam. Ibu sering doakan anak-anak ibu hidup sebagai ulama dan mati sebagai syuhada. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa ibu. Aamiiin.
Masa semakin suntuk. Astaghfirullah. Wallahu'alam.
Nabil belajar menghafal boleh lihat di sini, Nabil Dan Surah Hafazan.
Facebook: Azlina dan Rosedi.
Kedai online: Pembekal Produk Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan